CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
  • Blacktext color
  • Browntext color
  • Greentext color
  • Bluetext color
  • Redtext color
Click to Reset

  • Hight contrast
  • Default contrast
  • Low contrast


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
W3C Panel

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Home Current Updates Current Updates [ PR ] UTeM EMERGED CHAMPION IN MTUN RUGBY TOURNAMENT

[ PR ] UTeM EMERGED CHAMPION IN MTUN RUGBY TOURNAMENT

Print PDF
(Full Article in Bahasa Melayu for Press Release)

1

1

UTeM PERTAHAN GELARAN JUARA RAGBI MTUN

Pasukan ragbi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mempamerkan prestasi unggul apabila berjaya mengekalkan gelaran juara dalam acara ragbi 10 sepasukan sempena penganjuran Sukan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia 2012 (MTUN) yang berakhir baru-baru ini.

Kejohanan yang dianjurkan oleh MTUN itu disertai oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan UTeM selaku tuan rumah pada penganjuran tahun ini.
Di awal saingan, UTeM bermula garang mengenepikan cabaran UMP dengan mata 24-0, sebelum membenam UniMAP dengan mata 21-14 di perlawanan kedua.

Manakala UTHM memberi tentangan hebat kepada skuad UTeM namun semangat juang yang ditunjukkan oleh pemain menjadikan perlawanan berkesudahan 12-7. Kemenangan tersebut melayakkan UTeM bergelar juara mutlak pada Kejohanan Sukan MTUN tahun ini.

Menurut jurulatih UTeM, Muhammad Afiz Ahmad berkata, pasukan bimbingannya telah menunjukkan semangat dan gaya permainan yang mantap sepanjang kempen tersebut.

“Kejayaan ini amat bermakna kerana UTeM berjaya mengekalkan kejuaraan dalam acara ragbi sejak ianya dipertandingkan pada tahun 2008 hinggalah ke tahun ini,” kata Muhammad Afiz.

Menurutnya lagi, gelaran juara itu akan terus dipertahankan pada edisi akan datang dan menjadi pencetus semangat bagi menghadapi beberapa kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Naib johan diraih oleh UTHM, tempat ketiga UniMAP dan UMP berada di tempat keempat.

“Pemain yang beraksi di kejohanan ini seharusnya diberi pujian kerana berjaya mengekalkan status pasukan elit dan yang pasti menjadikan UTeM salah satu kuasa ragbi yang disegani dalam kalangan IPT negara ini,” kata Muhammad Afiz lagi.