CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
  • Blacktext color
  • Browntext color
  • Greentext color
  • Bluetext color
  • Redtext color
Click to Reset

  • Hight contrast
  • Default contrast
  • Low contrast


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Panel W3C

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Home International Student Guides Immigration & Application

VISA

Cetak PDF
• APA ITU VISA?
Visa membenarkan seseorang itu memasuki negara asing. Kebiasaannya ia dilakukan dengan cap di passport pelawat tersebut. Di Malaysia, kebenaran akhir untuk memasuki Malaysia terletak di keputusan Pegawai Imegresen pada ketika memasuki Malaysia.
• DI MANA UNTUK MENDAPATKAN VISA
Permohonan visa boleh dibuat di mana-mana Pejabat Atase Imegresen, Konsulat, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Kedutaan Malaysia atau di Konsulat British di negara-negara yang tidak mempunyai Pejabat Perwakilan Malaysia.
• BAGAIMANA MENDAPATKAN VISA
Visa mesti diperolehi SEBELUM memasuki Malaysia. Dokumen yang diperlukan adalah seperti:
1.
Pasport yang masih sahlaku (mesti melebihi tempoh 6 bulan)
2.
3 salinan borang IM.38 (boleh diperolehi di Pejabat Kedutaan Malaysia / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Konsulat British)
3.
3 keping gambar berukuran passport
4.
Tiket penerbangan ke Malaysia: -
 
Bukti kemampuan kewangan
Surat tawaran kemasukan
Surat pengesahan untuk pelajar asing untuk belajar di Malaysia yang dikeluarkan oleh jabatan Imegresen Malaysia.
Bayaran visa (mengikut negara)
Bagi pelajar-pelajar dari Republik China dan Negara-negara Komanwel Merdeka (CIS) perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Imegresen Malaysia.
 Dokumen yang diperlukan untuk VISA adalah :
 
Borang BTK - 100
2 keping gambar berukuran passport
2 salinan passport pelajar
2 salinan transkrip akademik
Setelah memperoleh kebenaran, pelajar dikehendaki memohon visa daripada Kedutaan Malaysia sebeleum memsuki negara ini. Pelajar sari negara-negara Afrika (rujuk senarai), Bangladesh, Pakistan dan India perlu mendapat surat kebenaran daripada Imegresen Malaysia untuk memohon visa.
Suntikan demam kuning diwajibkan bagi pelajar-pelajar dari negara-negara Afrika yang terpilih. Surat pengesahan suntikan perlu dikemukakan ketika memasuki Malaysia kelak.