Aplikasi Email Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka
       
UTAMA
TATACARA PENETAPAN EMAIL
TATACARA PENETAPAN EMAIL ALTERNATIF
TATACARA PENETAPAN WIFI
TATACARA RESET KATALALUAN
PORTAL
MICROSOFT
DREAMSPARK

Pusat Komputer Universiti Teknikal Malaysia Melaka dengan kerjasama Microsoft di bawah program Microsoft Live@edu telah menyediakan perkhidmatan email untuk semua pelajar UTeM yang bukan sahaja boleh digunakan semasa pengajian, tetapi boleh digunakan lagi sepanjang hayat.

Email merupakan salah satu cara komunikasi yang penting dan cepat. Dengan adanya akaun email NoMatrik@student.utem.edu.my kepada setiap pelajar, hubungan komunikasi di antara pelajar dan juga pihak pentadbir/akademik UTeM menjadi mudah. Akaun email ini adalah akaun email rasmi bagi setiap pelajar UTeM. Segala maklumat penting akan disebarkan melalui akaun email ini untuk pengetahuan dan makluman semua pelajar.

Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  • Kapasiti Inbox 10GB,
  • Kalendar,
  • Simpanan data atas talian menggunakan aplikasi SkyDrive sehingga 25GB (simpan dan berkongsi data seperti dokumen, gambar, fail, video dan lain-lain.)
  • Spaces dan lain-lain