Welcome to Islamic Centre

Welcome to Islamic Centre, UTeM
Any comments or suggestions kindly forward to
Tel: 06 – 331 6304
Fax: 06-331 6262
E-mail: Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya

 

Where Great Career Begin

Where Great Career Begin


mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini40
mod_vvisit_counterSemalam81
mod_vvisit_counterMinggu Ini40
mod_vvisit_counterBulan Ini1747
mod_vvisit_counterKeseluruhan64156
Utama
Bulanan
Bulanan
Senarai
Senarai
Mingguan
Mingguan
Harian
Harian
Kategori
Kategori
Pencarian
Pencarian

Acara dalam 'MUHADHARAH '

Isnin, 20 Mei 2013
MUHADHARAH  
Tidak ada acara dalam kategori ini.  
0 acara dalam 1 halaman  

Cari di Kalender


Aktiviti Terkini

Tiada aktiviti yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini
Papar Kalendar Penuh

Hadith

MEMBERI SESUATU YANG BAIK MENGHASILKAN KEBAIKAN

 a)     Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda maksudnya :


"Tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia berpagi-pagi melainkan turun dua malaikat, dan satu malaikat berdoa : Ya Allah, berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (iaitu menderma atau menyedekahkan) hartanya. Kemudian malaikat yang kedua berdoa : Ya Allah, binasalah harta orang yang bakhil."

(Riwayat al-Bukhari, al-Jami' al-Sahih, Maktabah Salafiah, 1400H, no.1442)

Baca lagi...
 
PERIBADI RASULULLAH S.A.W.

  1. BAB MENGENAI BENTUK TUBUH RASULULLAH S.A.W.  

حَدَّثَنَا أَبُو رَجَاءٍ قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ ، عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ ، عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، أَنَّهُ سَمِعَهُ يَقُولُ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ بِالطَّوِيلِ الْبَائِنِ ، وَلاَ بِالْقَصِيرِ ، وَلاَ بِالأَبْيَضِ الأَمْهَقِ ، وَلاَ بِالآدَمِ ، وَلاَ بِالْجَعْدِ الْقَطَطِ ، وَلاَ بِالسَّبْطِ ، بَعَثَهُ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى رَأْسِ أَرْبَعِينَ سَنَةً ، فَأَقَامَ بِمَكَّةَ عَشْرَ سِنِينَ ، وَبِالْمَدِينَةِ عَشْرَ سِنِينَ ، وَتَوَفَّاهُ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى رَأْسِ سِتِّينَ سَنَةً ، وَلَيْسَ فِي رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ عِشْرُونَ شَعْرَةً بَيْضَاءَ. 

Abu Raja’ Qutaibah bin Said mengkhabarkan bahawa daripada Malik bin Anas daripada Rabiah bin Abi Abdil Rahman daripada Anas bin Malik sesungguhnya beliau mendengar Anas bin Malik berkata, “Sesungguhnya Nabi S.A.W tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, tidak terlalu putih seperti kapur dan tidak pula hitam. Rambutnya hitam tidak terlalu kerinting dan tidak terlalu lurus. Allah S.W.T telah mengangkat Rasulullah S.A.W sebagai RasululNya pada usia empat puluh tahun. Rasulullah S.A.W telah menetap di Makkah selama sepuluh tahun dan di Madinah sepuluh tahun. Wafatnya Baginda S.A.W pada usia enam puluh tahun. Terdapat uban di atas kepala dan janggut Rasulullah S.A.W tidak lebih dua puluh helai.(HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Malik dan Ahmad)     

2. BAB MENGENAI BENTUK TUBUH RASULULLAH S.A.W.

 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ : حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ قَالَ : حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ قَالَ : سَمِعْتُ الْبَرَاءَ بْنَ عَازِبٍ يَقُولُ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلاً مَرْبُوعًا بَعِيدَ مَا بَيْنَ الْمَنْكِبَيْنِ ، عَظِيمَ الْجُمَّةِ إِلَى شَحْمَةِ أُذُنَيْهِ الْيُسْرَى ، عَلَيْهِ حُلَّةٌ حَمْرَاءُ ، مَا رَأَيْتُ شَيْئًا قَطُّ أَحْسَنَ مِنْهُ. 

Muhammad bin Basyar telah menghabarkan kepada kami, beliau telah berkata: Muhammad bin Jaa`far telah menghabarkan kepada kami dengan katanya : telah mengkhabarkan kepada kami Syu`bah daripada Ishak dengan katanya ; aku telah mendengar Al-Barra` bin A`zib mengatakan :”  Rasulullah S.A.W adalah seorang lelaki yang berperawakan sederhana; bahunya bidang, rambutnya lebat hingga sampai kedua belah cupingnya. Baginda S.A.W memakai pakaian merah, tiada seorang pun yang pernah aku lihat lebih tampan daripadanya”. (HR Bukhari, Muslim)         

3. BAB MENGENAI BENTUK TUBUH RASULULLAH S.A.W. 

حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ قَالَ : حَدَّثَنَا وَكِيعٌ قَالَ : حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ ، عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ : مَا رَأَيْتُ مِنْ ذِي لِمَّةٍ فِي حُلَّةٍ حَمْرَاءَ أَحْسَنَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ ، لَهُ شَعْرٌ يَضْرِبُ مَنْكِبَيْهِ ، بَعِيدُ مَا بَيْنَ الْمَنْكِبَيْنِ ، لَمْ يَكُنْ بِالْقَصِيرِ وَلاَ بِالطَّوِيلِ.

 Mahmud bin Ghailan telah mengkhabarkan kepada kami, beliau telah berkata : Wake` telah mengkhabarkan kepada kami dengan katanya: Sufian telah mengkhabarkan kepada kami daripada Abi Ishak, daripada Al-Barra` bin A`zib telah berkata : “ Aku tidak pernah lihat orang yang berambut panjang terurus rapi, dengan mengenakan pakaian merah, yang lebih tampan daripada Rasulullah S.A.W . Rambut Baginda S.A.W mencapai kedua bahunya. Kedua bahunya bidang. Baginda S.A.W tidak terlalu rendah dan tidak pula terlalu tinggi”.            

 4. BAB MENGENAI BENTUK TUBUH RASULULLAH S.A.W.

 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ : حَدَّثَنَا الْمَسْعُودِيُّ ، عَنْ عُثْمَانَ بْنِ مُسْلِمِ بْنِ هُرْمُزَ ، عَنْ نَافِعِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ : لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالطَّوِيلِ وَلاَ بِالْقَصِيرِ ، شَثْنُ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ ، ضَخْمُ الرَّأْسِ ، ضَخْمُ الْكَرَادِيسِ ، طَوِيلُ الْمَسْرُبَةِ ، إِذَا مَشَى تَكَفَّأَ تَكَفُّؤًا كَأَنَّمَا يَنْحَطُّ مِنْ صَبَبٍ ، لَمْ أَرَ قَبْلَهُ وَلاَ بَعْدَهُ مِثْلَهُ ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. 

Muhammad bin Ismail telah mengkhabarkan kepada kami, beliau telah berkata : Abu Naim telah mengkhabarkan kepada kami, beliau telah berkata : Al-Mas`udi , daripada Othman bin Muslim bin Hurmuza, daripada Nafe` bin Jubair bin Mut`im, daripada A`li bin Abi Talib telah berkata : “ Nabi S.A.W tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Telapak dan kakinya tebal. Kepalanya besar,begitu juga tulang sendinya. Dari dada hingga ke pusat Baginda S.A.W terdapat barisan bulu-bulu yang nipis. Apabila Baginda berjalan, Baginda S.A.W berjalan tegap seakan-akan sedang turun ke tempat yang rendah. Aku tidak pernah melihat orang seperti Baginda S.A.W, baik sebelum mahupun sesudahnya”.  (HR Bukhari)   

5. BAB MENYATAKAN WAJAH DAN PERWATAKAN MULIA RASULULLAH SAW.  

Hind bin Halah meriwayatkan bahawa :-

حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ قَالَ : حَدَّثَنَا جُمَيْعُ بْنُ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْعِجْلِيُّ إِمْلاَءً عَلَيْنَا مِنْ كِتَابِهِ قَالَ : أَخْبَرَنِي رَجُلٌ مِنْ بَنِي تَمِيمٍ مِنْ وَلَدِ أَبِي هَالَةَ زَوْجِ خَدِيجَةَ ، يُكَنَى أَبَا عَبْدِ اللَّهِ ، عَنِ ابْنٍ لِأَبِي هَالَةَ ، عَنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ قَالَ : سَأَلْتُ خَالِي هِنْدَ بْنَ أَبِي هَالَةَ ، وَكَانَ وَصَّافًا ، عَنْ حِلْيَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَأَنَا أَشْتَهِي أَنْ يَصِفَ لِي مِنْهَا شَيْئًا أَتَعَلَّقُ بِهِ ، فَقَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخْمًا مُفَخَّمًا ، يَتَلَأْلَأُ وَجْهُهُ تَلَأْلُؤَ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ ، أَطْوَلُ مِنَ الْمَرْبُوعِ ، وَأَقْصَرُ مِنَ الْمُشَذَّبِ ، عَظِيمُ الْهَامَةِ  ، رَجِلُ الشَّعْرِ ، إِنِ انْفَرَقَتْ عَقِيقَتُهُ فَرَّقَهَا ، وَإِلَّا فَلاَ يُجَاوِزُ شَعْرُهُ شَحْمَةَ أُذُنَيْهِ إِذَا هُوَ وَفَّرَهُ ، أَزْهَرُ اللَّوْنِ ، وَاسِعُ الْجَبِينِ ، أَزَجُّ الْحَوَاجِبِ سَوَابِغَ فِي غَيْرِ قَرَنٍ ، بَيْنَهُمَا عِرْقٌ يُدِرُّهُ الْغَضَبُ ، أَقْنَى الْعِرْنَيْنِ ، لَهُ نُورٌ يَعْلُوهُ ، يَحْسَبُهُ مَنْ لَمْ يَتَأَمَّلْهُ أَشَمَّ ، كَثُّ اللِّحْيَةِ ، سَهْلُ الْخدَّيْنِ ، ضَلِيعُ الْفَمِ ، مُفْلَجُ الأَسْنَانِ ، دَقِيقُ الْمَسْرُبَةِ  ، كَأَنَّ عُنُقَهُ جِيدُ دُمْيَةٍ فِي صَفَاءِ الْفِضَّةِ ، مُعْتَدِلُ الْخَلْقِ ، بَادِنٌ مُتَمَاسِكٌ ، سَوَاءُ الْبَطْنِ وَالصَّدْرِ ، عَرِيضُ الصَّدْرِ ، بَعِيدُ مَا بَيْنَ الْمَنْكِبَيْنِ ، ضَخْمُ الْكَرَادِيسِ  ، أَنْوَرُ الْمُتَجَرَّدِ ، مَوْصُولُ مَا بَيْنَ اللَّبَّةِ وَالسُّرَّةِ بِشَعْرٍ يَجْرِي كَالْخَطِّ ، عَارِي الثَّدْيَيْنِ وَالْبَطْنِ مِمَّا سِوَى ذَلِكَ ، أَشْعَرُ الذِّرَاعَيْنِ وَالْمَنْكِبَيْنِ وَأَعَالِي الصَّدْرِ ، طَوِيلُ الزَّنْدَيْنِ ، رَحْبُ الرَّاحَةِ ، شَثْنُ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ ، سَائِلُ الأَطْرَافِ - أَوْ قَالَ : شَائِلُ الأَطْرَافِ - خَمْصَانُ الأَخْمَصَيْنِ ، مَسِيحُ الْقَدَمَيْنِ ، يَنْبُو عَنْهُمَا الْمَاءُ ، إِذَا زَالَ زَالَ قَلِعًا ، يَخْطُو تَكَفِّيًا ، وَيَمْشِي هَوْنًا ، ذَرِيعُ الْمِشْيَةِ ، إِذَا مَشَى كَأَنَّمَا يَنْحَطُّ مِنْ صَبَبٍ  ، وَإِذَا الْتَفَتَ الْتَفَتَ جَمِيعًا ، خَافِضُ الطَّرْفِ ، نَظَرُهُ إِلَى الأَرْضِ أَطْوَلُ مِنْ نَظَرِهِ إِلَى السَّمَاءِ ، جُلُّ نَظَرِهِ الْمُلاَحَظَةُ ، يَسُوقُ أَصْحَابَهُ وَيَبْدَأُ مَنْ لَقِيَ بِالسَّلاَمِ. 

Telah menceritakan kepada kami Sufyan bin Waki` katanya, telah menceritakan Jumaik bin Umar bin Abdur Rahmanal-Ijli` menulis dalam kitabnya dengan katanya: telah mengkhabarkan kepada aku seorang lelaki dari Bani Tamim dari anak kepada Abi Halah suami Khadijah yang digelar sebegai Aba Abdullah, daripada anak kepada Abi Halah, daripada Hasan bin Ali telah berkata : Aku bertanya daripada bapa saudaraku ( sebelah ibu ) Hind ibn Abi Halah mengenai wajah dan perwatakan Rasulullah s.a.w, kerana beliau selalu menerangkan secara terperinci. Daku berharap beliau dapat menerangkan sifat-sifat yang mulia kepadaku agar dapat ku jadikan penerangannya itu sebagai bukti dan hujjah bagi diriku. Maka beliau ; Hind R.A berkata bahawa :“ Baginda mempunyai sifat yang sangat mulia pada dirinya dan juga sangat mulia pada pandangan orang-orang lain. Wajahnya bercahaya seperti bulan mengambang. Baginda lebih tinggi daripada orang yang sederhana tetapi lebih rendah dariapda orang yang sangat tinggi. Kepadanya yang mulia sederhana besarnya. Walaupun besar tetapi sepadan denagn kekacakannya. Tidaklah begitu besar sehingga mencacatkan kekacakan wajah dan perawakannya. Rambutnya yang mulai sedikit gelombang ( iaitu tidak lurus sangat ) . Baginda tidak mengambil berat untuk membelah rambutnya; jika rambutnya senang dibelah,maka baiklah keadaannya, jika tidak baginda pun tidak memberikan tumpuan untuk melakukannya. Dalam hal ini, baginda melakukan mengikut masa dan keadaan. Jika setelah di letak minyak pada rambutnya, baginda akan membelah rambutnya bila mana memperolehi sikat. Bila rambut Rasulullah SAW  panjang, rambut baginda melepasi sedikit daripada cuping telinganya. Wajah baginda berseri-seri dan dahinya luas. Keningnya tipis dan melengkung dan tidak bertemu. Di antara keningnya terdapat satu urat yang akan timbul apabila baginda murka. Hidungnya yang mulia mancung dan bercahaya. Pada sekali pandang seorang pemerhati akan mendapati hidungnya besar tetapi apabila diperhati secara halus maka dia akan mendapati bahawa hidungnya mancung adalah disebabkan cahaya dan bukanlah disebabkan besar.    Janggutnya yang mulia berkeadaan lebat . Anak matanya tersangat hitam. Pipinya rata (tidak cengkung), berisi tidak kendur atau menggelambir. Mulut baginda sederhana luasnya (tidak sempit yang menjadikan wajahnya hodoh); giginya kecil dan bercahaya (tidak besar). Di antara gigi hadapannya terdapat sedikit jarak dan tidak lah rapat sangat di antara satu sama lain. Satu garisan rambut halus membarisi daripada dada ke pusat. Lehernya kurus dan cantik untuk dilihat seumpana besi yang tercanai dan warna kulitnya cerah dan menarik seperti perak. Kesemua kaki dan tangannya berulas. Badannya tegap. Perut dan dadanya rata( tidak buncit yang boleh menyukarkan sewaktu berjalan). Dadanya bidang malahan agak lebar di antara kedua-dua bahunya. Tulang-tulang sendinya besar dan kuat (menunjukkan kekuatan). Apabila baginda membuka baju, badannya nampak berkilat dan berkilau ( bahagian terdedah juga nampak berkilat dan bersinar sebagaimana bahagian yang tertutup). Terdapat satu jaluran bulu di antara dada dan perut. Selain ini dada dan perutnya tidak mempunyai bulu tetapi bulu-bulu terdapat pada kedua-dua lengan, bahu dan bahagian atas dada. Pergelangan tangannya panjang dan tapak tangannya lebar. Kedua-dua kakinya berisis dan montok. Jari-jari tangan dan kakinya panjang ( sama ukuran ). Tapak kakinya dalam dan kakinya rata. Kakinya yang berkeadaan licin, menjadikan air berlalu tanpa melekat dan mengalir terus. Apabila baginda berjalan, baginda akan menapak ke hadapan dengan tegap. Baginda berjalan agak membongkok ke hadapan sambil meletakkan kakinya tanpa menghentak. Baginda berjalan dengan langkah yang cergas dan bukan langkah yang pendek-pendek. Apabila baginda berjalan nampak seperti menuruni bukit. Apabila Rasulullah SAW memberikan sesuatu perhatian, baginda akan memalingkan seluruh tubuhnya. Matanya yang mulia memalingkan seluruh tubuhnya. Matanya yang mulia sentiasa ke bawah, kebanyakannya memandang ke arah bumi daripada memandang ke arah langit. Memandang hanya dengan ekor mata sahaja. Apabila baginda SAW berjalan di kalangan sahabat-sahabatnya, baginda SAW akan mendahului mereka. Baginda SAW akan mendahului memberI salam jika bertemu Dengan orang ramai “. (HR Tirmizi)

Sumber : Syamail Tirmizi : Insan Teladan Sepanjang Zamani        

6. BAB PADA MENYATAKAN KHATAM NUBUWWAH RASULULLAH S.A.W

عَنِ الْجَعْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ : سَمِعْتُ السَّائِبَ بْنَ يَزِيدَ يَقُولُ : ذَهَبَتْ بِي خَالَتِي إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلّ فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ ابْنَ أُخْتِي وَجِعٌ . فَمَسَحَ رَأْسِي وَدَعَا لِي بِالْبَرَكَةِ ، وَتَوَضَّأَ ، فَشَرِبْتُ مِنْ وَضُوئِهِ ، وَقُمْتُ خَلْفَ ظَهْرِهِ ، فَنَظَرْتُ إِلَى الْخَاتَمِ بَيْنَ كَتِفَيْهِ ، فَإِذَا هُوَ مِثْلُ زِرِّ الْحَجَلَةِ.

 Maksudnya : Daripada Ja’di ibn Abdul Rahman bahawa beliau telah berkata aku mendengar Sa’ib ibn Yazid telah berkata “ Ibu saudaraku telah membawa aku kepada Rasulullah S.A.W lalu beliau telah berkata kepada Rasulullah S.A.W ,“ Wahai Rasulullah! Anak saudaraku ini telah sakit,” Maka Rasulullah S.A.W telah menyapu kepalaku ( al-Sa’ib) dan mendoakan keberkatan untukku. Kemudian Baginda S.A.W berwudu’ dan aku pun meminum air bekas wudhu’nya. Setelah itu, aku berdiri  di belakangnya dan aku memandang Khatam Nubuwwah yang terdapat di antara kedua bahunya. Ternyata Khatam itu sebesar telur burung merpati.”Keterangan : Khatam Nubuwwah yang dimaksudkan ialah tanda kenabian yang mana ianya diperlihatkan untuk menunjukkan bahawa Rasulullah  S.A.W ini adalah utusan Allah. Imam Bukhari dan Muslim di dalam sahihnya menyatakan bahawa pada badan baginda Rasulullah S.A.W terdapat seketul daging sebesar telur merpati, di atasnya tumbuh beberapa helai rambut hitam. Perkara ini dinukilkan di dalam kitab sirah yang mana ketulan ini pernah dilihat oleh paderi kristian sewaktu Baginda keluar ke sham bersama bapa saudaranya Abu Talib. Melihat ketulan itu, paderi Buhaira menasihatkan agar Abu Talib membawa pulang anak saudaranya dengan segera kerana bimbang keselamatan dan dikhuatiri akan diganggu oleh orang yang mengetahui rahsia ketulan itu.Paderi itu mengatakan bahawa beliau pernah membaca dalam kitab suci agamanya bahawa suatu masa nanti akan lahir seorang Nabi dari bangsa Arab, dan tandanya dapat dilihat di belakang Nabi S.A.W sewaktu ia masih kecil. 

Rujukan :  Kitab Kesempurnaan Rasulullah Imam Tirmidzi                    

Raheq al-Makhtum ; Sofiul Rahman Mubarakfuri

7. BAB MENYATAKAN CARA BERCELAK RASULULLAH S.A.W

 عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنه قال: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اكْتَحِلُوا بِالْإِثْمِدِ فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ وَزَعَمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتْ لَهُ مُكْحُلَةٌ يَكْتَحِلُ بِهَا كُلَّ لَيْلَةٍ ثَلَاثَةً فِي هَذِهِ وَثَلَاثَةً فِي هَذِهِ

Maksudnya : Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah saw memiliki sebuah wadah  celak yang baginda gunakan untuk bercelak setiap malam,sebanyak tiga kali disini(mata kanan)dan sebanyak tiga kali disini(mata kiri)-(Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan Hakim)

                           عن ابن عباس رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إن خير أكحالكم الإثمد فإنه يجلو البصر و ينبت الشعر 

Maksudnya : Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa rasulullah bersabda alat celak yang paling baik adalah batu celak (al-itsmid) kerana ianya dapat memperjelaskan pengelihatan dan menumbuhkan bulu mat mata-(Riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

Keterangan : Bercelak merupakan salah satu daripada sunah junjungan besar kita rasulullah saw. Sebelum baginda tidur. Amalan bercelak ini juga dapat membantu untuk menjelaskan pengelihatan . 

Ruj Rujukan : Kitab Kesempurnaan Rasulullah oleh Imam Tirmidzi  

8. BAB PADA MENYATAKAN PAKAIAN KESUKAAN RASULULLAH S.A.W

 حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا الْفَضْلُ بْنُ مُوسَى عَنْ عَبْدِ الْمُؤْمِنِ بْنِ خَالِدٍ الْحَنَفِىِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ كَانَ أَحَبَّ الثِّيَابِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْقَمِيصُ  

Telah mengkhabarkan Ibrahim ibn Musa dan al-Fadl ibn Musa daripada Abdul Mu’min ibn Khalid al-hanafi daripada Abdullah ibn Buraidah daripada Ummu Salamah berkata : Pakaian yang paling disukai Rasulullah s.a.w. adalah gamis. [HR Tirmidzi dan Abu Dawud] 

v Gamis : Baju Kemeja paras lutut / kurta

 أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ سَمُرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْكُمْ بِالْبَيَاضِ مِنْ الثِّيَابِ فَلْيَلْبَسْهَا أَحْيَاؤُكُمْ وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ فَإِنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ. 

Telah mengkhabarkan Qutaibah dan Hammad daripada Ayyub daripada Abi Qilabah daripada Samurah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w. : Hendaklah kamu memakai pakaian yang berwarna putih dan kafankanlah orang-orang yang mati itu dengan warna putih. Kerana sesungguhnya pakaian yang berwarna putih itu merupakan pakaian yang paling baik bagi kamu. [HR An-Nasa'i] 

Keterangan : Warna putih adalah melambangkan kesucian dan kebersihan. Islam amat-amat mementingkan kebersihan. Dan di dalam hadith menyuruh untuk mengkafankan jenazah dengan warna putih adalah supaya kita mengadap Allah dengan warna yang fitrah.

 Rujukan : Kitab Kesempurnaan Rasulullah Imam Tirmidzi. 

 
BARAKAH UMUR, INDAH PEKERTI

 

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya"(Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim) 

* Berdasar kepada hadis tersebut apa yang dapat kita simpulkan bahawa amalan yang baik yang menjadi fokus kepada nilaian Allah s.w.t..  Sekiranya kita diberi peluang untuk hidup lama di muka bumi ini, tetapi kita tidak memanfaatkAan untuk kebaikan hidup di dunia dan bekalan akhirat ia adalah sia-sia. Tetapi sekiranya kita menggunakan peluang umur yang panjang itu untuk berbuat baik ia mendapat tempat terbaik di sisi Allah. Inilah maksud umur yang diberkati Allah s.w.t.  

* Sebaliknya pula jika seseorang memiliki umur panjang sedangkan kejahatannya melebihi kebaikannya  ini bermakna tidak ada keberkatan pada umurnya dan bersiap sedialah untuk memasuki neraka.

 
MASJID
Penghormatan Kepada Masjid
Dari Abi Qatadah as-Salmi r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda “Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan sembahyang (tahyatul masjid) dua rakaat sebelum ia duduk.”  
(Bukhari)
Baca lagi...
 
"Kedudukan Masjid Dalam Islam"
Dari Uthman , r.a , katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Sesiapa yang membina sesebuah masjid (atau surau) secara ikhlas kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di Syurga.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Baca lagi...
 
"Rumah Jauh Dari Masjid"
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rumah kami jauh dari masjid. Kerana itu kami ingin membeli rumah yang dekat dengan masjid. Tetapi Rasulullah s.a.w melarang kami, sabdanya:”Untuk setiap langkah yang kamu langkahkan ke masjid, kamu mendapat imbalan satu darjat.”  
(Muslim)

Baca lagi...
 
 
Joomla Templates by Joomlashack