Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus memperhebatkan perkongsian kepakaran penyelidikan dan inovasi di samping hubungan strategic bersama universiti-universiti lain serta pihak industri.

Selari dengan itu kumpulan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) UTeM baru-baru ini telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE) dan Sekolah Kejuruteraan Mikroelektronik (SoME) bertempat di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Dalam lawatan tersebut melibatkan penyertaan seramai 8 orang penyelidik dari Micro and Nanoelectronic – Center of Telecommunication and Research Innovation (MINE- CeTRI), FKEKK UTeM. 

Menurut Pengurus CeTRI UTeM, Profesor Dr. Zulkalnain Mohd Yusoff berkata, antara pengsian lawatan tersebut adalah perbincangankedua-dua belah pihak dalam meningkatkan jalinan kerjasama menerusi penyelidikan bersama dalam bidang berkenaan.

Jelas beliau, antara lain mereka turut menyentuh tentang kaedah dan strategi dalam meningkatkan lagi jumlah geran penyelidikan dan penerbitan di antara kedua-dua universiti berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Program lawatan ini, Dr. Norihan Abdul Hamid sewaktu diminta menglas lanjut mengenai lawatan tersebut menyatakan bahawa pihak UTeM telah dibawa melawat ke makmal penyelidikan milik UNiMAP yang dilengkapi mesin-mesin mikrofabrikasi yang berprestasi tinggi.

Ujar beliau, pada hari kedua pula lawatan tertumpu ke kilang fabrikasi wafer di Silterra Kulim yang mana menerusi perjumpaan bersama wakil kilang tersebut telah membuahkan hasil yang baik bagi membantu membangunkan kilang tersebut menerusi projek yang akan dijalankan bersama di masa akan datang.

Pihak Silterra juga telah mempelawa beberapa orang penyelidik dari kedua-dua universiti untuk mengadakan program sangkut industri di samping menyumbang kepakaran dalam bidang masing-masing di kilang tersebut dalam tempoh terdekat.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 3 January 2019

029795173