Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mencatatkan kejayaan cemerlang apabila berjaya  dengan merangkul  1 pingat emas, 3 pingat perak dan 3 pingat gangsa di Karnival  Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Tahunan (K-Novasi) 2019.

Program K-Novasi ini telah berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini merupakan anjuran Pusat Pengajaran & Teknologi Pembelajaran, UKM bersandarkan kepada landasan pelan transformasi pendidikan tinggi negara,

Program tersebut bertujuan menggiatkan lagi usaha mentransformasi sistem pembelajaran dengan menyemarakkan budaya inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan ahli akademik menerusi tema tahun ini, tema K-Novasi 2019 adalah Pendidik 4.0: Pereka Pengalaman Pembelajaran Bermakna (Educator 4.0: Meaningful Learning Experience Designer).

Pencapaian emas UTeM telah telah diraih menerusi projek inovasi Penggunaan Kaedah Garisan (Speed Line) & Gamifikasi Untuk Meningkatkan Penguasaan Mengira Operasi Tambah & Tolak Bagi Murid Pendidikan Khas yang diketuai oleh pensyarah UTeM, Dr. Siti Nurul Mahfuzah Mohamad.

Manakala tiga pingat perak pula telah diraih menerusi inovasi Visual Perception Diagnostic Tools for Autistic Learners (Vi-Per Games) yang diketuai oleh Profesor Ts. Dr. Faaizah Shahbodin, Enhancing Students Learning using WhatsApp Application in Classroom Activities yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Jariah Mohamad Juoi dan Utilizing MOOC Integrated Problem Based Learning (MIPBL) for soft skills enhancement yang ketuai oleh Dr. Zanariah Jano.

Pingat gangsa pula diraih menerusi inovasi Investigating the Challenges of e-Assessment in Business and Organizational Management (BTMU1013) Subjects yang diketuai oleh Dr. Hazmilah Hasan, The Panoply of Smart E-Logic: Development of a K-Map through Arduino yang dihasilkan oleh pasukan yang diketuai oleh Amar Faiz Zainal Abidin dan Utilizing Boule Target in Sport and Phsyical Education Realms for Students with Disabilities diketuai oleh Dr. Asiah Mohd Pilus.

Menurut Pengarah Pusat Kecemerlangan dan Kesarjanaan Akademik (CAES), UTeM, Prof. Ts. Dr. Faaizah Shahbodin berkata, UTeM telah mempamerkan 7 projek inovasi yang merupakan lanjutan daripada program latihan Educator 4.0 UTeM yang mana UTeM merupakan universiti awam pertama yang mewujudkan program latihan tersebut.

Jelas beliau, kejayaan penarafan bagi ketujuh-tujuh projek inovasi yang dipertandingkan adalah sesuatu yang amat membanggakan dan menyerlahkan UTeM dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTeM, Profesor Datuk Ts. Dr. Mohd Razali Muhamad pula menyatakan bahawa penarafan yang diterima telah mengangkat martabat kecemerlangan inovasi pengajaran dan pembelajaran UTeM di persada kebangsaan dan antarabangsa.

“Harapan saya agar pencapaian ini turut menjadi perangsang kepada keseluruhan staf akademik UTeM untuk turut sama melakar inovasi dalam bidang ini serta terus menyerlah dalam penyertaan karnival inovasi pengajaran dan pembelajaran di masa hadapan”, ujar beliau lagi.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 3 January 2019

029794991