Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus komited dalam memperkasakan agenda penyelidikan dan inovasi sekaligus memberi impak positif kepada pelbagai dimensi dari sudut keungggulan pendidikan tinggi serta pembangunan komuniti.

Selari itu Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UTeM telah menganjurkan program Brainstorming berkaitan Flagship Product yang dihasilkan menerusi penyelidikan universiti ini. UTeM.

Program brainstorming ini merupakan kelolaan Pusat Kecemerlangan - Pusat Robotik dan Automasi Perindustrian (CoE - CeRIA) telah diadakan di di Bangunan Canselori, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal

Menurut Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM, Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim berkata, brainstorming yang dijalankan menerusi program ini adalah memfokuskan kepada pembangunan dua produk utama UTeM iaitu ‘Autonomous Vehicle’ dan ‘Humanoid Robot’.

Jelasnya, program ini turut mengenalpasti tahap kepakaran yang dimiliki serta mengatur strategi menghasilkan Flagship Product UTeM dalam menjadikan produk tersebut sebagai ikon utama produk penyelidikan universiti ini.

Sementara itu, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM Mohd Azmi Mat Said menyatakan, menerusi inisiatif brainstorming tersebut maka beberapa idea dan pelan tindakan telah dikenal pasti bagi pelaksanaan projek berimpak ini lalu mencapai matlamat dan berkesinambungan.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 3 January 2019

029793900