Para jemputan dan tetamu bergambar mesra sebaik sahaja tamat majlis.

Ucapan dari wakil mantan ahli LPU iaitu Datuk Seri Haji Naim Abu Baka


Penyerahan cenderahati kepada mantan-mantan yang dirai
Penyerahan cenderahati kepada mantan-mantan yang dirai
Bagi mengenang jasa dan meraikan sumbangan hebat barisan mantan ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) maka Pejabat Pendaftar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Majlis Sanjungan Budi baru-baru ini.

Majlis Sanjungan Budi ini diadakan di salah sebuah hotel di Bandaraya Melaka ini meraikan 7 orang mantan ahli LPU, mantan ahli Silih Ganti LPU dan mantan Setiausaha LPU UTeM yang telah berakhir tempoh perkhidmatan mereka pada tahun 2018.

Pengerusi LPU UTeM, Academician Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali, FASc menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada barisan mantan Ahli-ahli LPU yang telah berjasa kepada UTeM dari segi perkongsian kepakaran dan pengalaman masing-masing sekaligus membawa UTeM ke tahap kejayaaan cemerlang dan membanggakan.

Majlis tersebut turut menyaksikan ucapan dari wakil mantan ahli LPU iaitu Datuk Seri Naim Abu Bakar dan beliau turut berharap agar hubungan baik dalam kalangan mereka dan UTeM dapat terus dikekalkan hingga ke masa akan datang.

Mereka yang diraikan adalah terdiri daripada 7 orang mantan ahli LPU iaitu Datuk Seri Naim Abu Bakar, Dato’ Amir Md Noor, Datuk Dr. Abdul Raman Saad, Dato’ Dr. Mohd Nor Husain, Datuk Ir. Baharam Mohd, Datuk Zali Mat Yasin dan Kholiah Ismail.

Sementara itu mantan Ahli Silih Ganti LPU ialah Jamalulail Abu Bakar serta mantan Setiausaha LPU UTeM Datuk Hasan Sirun yang juga merupakan mantan Pendaftar UTeM.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Prof. Datuk Dr. Mohd Razali Muhamad, Timbalan Naib Canselor

Penyelidikan dan Inovasi Prof Dr Zulkifilie Ibrahim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Dr Nurulfajar Abd Manap, Ketua Pegawai Operasi (COO) UTeM Masdzarif mahat serta barisan pengurusan tertinggi UTeM.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 3 January 2019

028969585