Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar (PKA) terus komited dalam penerapan amalan hijau serta langkah kawalan pengurangan carbon footprint yang memberi impak langsung kepada iklim dunia secara global.

Selari dengan pencapaian itu maka PKA UTeM baru-baru ini telah dianugerahkan Sijil Penghargaan dari Integrated Laboratory and Research Center (ILRC), University of Indonesia di atas pencapaian UTeM yang mendapat kedudukan ke-148 daripada 719 universiti dari kalangan 81 buah negara seluruh dunia dalam UI GreenMetric World University Ranking.

UI GreenMetric World University Ranking yang diadakan adalah inisiatif Universitas Indonesia yang telah dilancarkan pada 2010 yang mana ianya merupakan kaedah yang digunakan untuk memberikan penghargaan kepada ribuan universiti di seluruh dunia dalam usaha mengurangkan carbon footprint dalam perubahan iklim global.

Menurut Pengarah PKA, Profesor Madya Juhari Ab Razak berkata, pencapaian ini merupakan peningkatan dari kedudukan tahun lalu yang diterima iaitu tempat ke-170 daripada 619 universiti seluruh dunia pada tahun 2017 dan tempat ke-269 daripada 519 universiti seluruh dunia pada tahun 2016.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada kakitangan PKA dan beberapa PTj terlibat dalam menyediakan maklumat dan pelbagai lagi usaha secara langsung yang telah menyumbang kepada kejayaan tersebut.

Jelas beliau, kaedah pemarkahan secara seragam telah digunakan dalam menentukan susunan kedudukan universiti untuk menarik minat universiti di seluruh dunia agar bersaing dalam usaha mengurangkan pembebasan gas rumah hijau secara global .

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib menyatakan bahawa UTeM akan terus konsisten dalam menjayakan program ini selari dengan amalan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau melalui aktiviti pendidikan dan penyelidikan secara bersepadu.

Di samping beliau turut merakamkan penghargaan kepada PKA dan semua Pusat Tanggungjawab UTeM yang terlibat dalam melaksanakan polisi amalan hijau di UTeM kerana tanpa komitmen serta kerjasama tersebut maka sudah tentulah sukar untuk memenuhi keperluan amalan hijau secara menyeluruh di universiti ini.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 3 January 2019

028970512