Graduan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kian diperakui bukan hanya mempunyai berkompetensi dalam bidang teknikal  dan berkebolehpasaran tinggi malah turut berjaya menceburi dunia keusahawanan.

Senario ini berjaya diserlahkan antaranya oleh enam graduan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) UTeM yang terdiri daripada Muhammad Arshad Ahmad Mahdum, Fareez Shafiq, Mukmin Samad Azrul Aziz, Muhammad Syahmi Sadan, Ku Ahmad Mudrikah Ku Mukhtar, Faiz Ibrahim Sawal apabila enam sekawan ini telah Berjaya membina empayar perniagaan menerusi bidang pembangunan perisian dan teknologi.

Menurut Ku Ahmad Mudrikah Ku Mukhtar sewaktu diminta mengulas lanjut mengenai perniagaan yang diceburi oleh beliau dan rakan-rakan menyatakan bahawa idea untuk membangunkan perniagaan yang memfokuskan kepada bidang pembangunan perisian dan teknologi ini adalah daripada minat yang mendalam terdapat bidang yang menjadi fokus mereka sewaktu pengajian di UTeM.

Tambah belia, perniagaan yang diberi nama Durian Tunggal Solution itu telah ditubuhkan semenjak dua tahun lalu memfokuskan kepada pembangunan perisian seperti permainan, aplikasi telefon mudah alih, Virtual Reality (VR), Argumented Reality (AR), sistem berasaskan laman sesawang serta latihan berkaitan teknologi.

Ujarnya lagi, cetusan idea bagi membangunkan perniagaan itu bermula selepas mengikuti program mobiliti pelajar ke German dan Indonesia yang dianjurkan oleh UTeM bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa mempelajari teknologi mencipta perisian.

"Memandangkan Malaysia giat menuju ke arah perkembangan teknologi dan menekankan pembangunan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0), kami memilih untuk menubuhkan perniagaan yang memfokuskan kepada bidang ini supaya dapat bersama-sama merancakkan lagi bidang ini", jelas beliau lagi.

Sehubungan itu Ku Ahmad Mudrikah Ku Mukhtar turut berkongsi cabaran membangunkan perniagaan mereka yang mana pada peringkat awal penubuhan syarikat, mereka hanya menjalankan tugasan dari rumah berbekalkan sebuah komputer ekoran kekangan modal menyewa pejabat dan mereka menyedari bahawa cabaran-cabaran seperti itu harus ditempuh dan dihadapi sebagai usahawan muda seperti mereka untuk memperoleh kejayaan.

Justeru itu, daripada usaha gigih  mereka maka telah membuahkan hasil seperti pemeteraiam jalinan strategik syarikat mereka bersama dengan beberapa Institusi Pengajian Tinggi seperti Politeknik Malaysia dan juga UTeM.

Sementara itu, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr. Goh Ong Sing berkata, perniagaan yang ditubuhkan bukan sahaja bagi membolehkan perkongsian pengetahuan malah ianya juga sebagai penyumbang kemahiran dalam sektor teknologi maklumat serta memenuhi keperluan organisasi dalam dan luar negara yang ingin mengembangkan pembangunan perisian.

Tambah beliau lagi, menerusi latihan berkaitan teknologi ditawarkan syarikat mahasiswa tersebut aspek itu juga dijangka membantu memartabatkan kerancakan Revolusi Industri  (IR 4.0) seiring dengan seruan Pro Canselor UTeM, Datuk Wira Ismail Saleh dalam ucapan beliau pada Majlis Konvokesyen UTeM yang berlangsung baru-baru ini.

Mahasiswa UTeM sentiasa didedahkan kepada program keusahawanan dalam memangkin pembangunan ekonomi negara bagi meningkatkan daya saing sesebuah negara menerus aktiviti inovasi, kreativiti dan keusahawanan.

Pelbagai langkah telah di atur oleh UTeM menerusi program-program anjuran Centre for Enterprise and Technopreneurship Development (CREATE) seperti program pembudayaan dan kesedaran keusahawanan telah diadakan bagi menarik minat pelajar untuk turut serta dalam mempelopori bidang keusahawanan.

Ianya juga dapat dilihat menerusi kejayaan dua lagi siswa UTeM, Nursyasya Afina Suhaimi, pelajar tahun empat dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) dalam perniagaan salon beliau dan Muhamad Amirul Azman, pelajar tahun tiga Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dengan pendapatan lumayan menerusi perniagaan percetakkan T-Shirt beliau.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

027687918