Hubungan strategik antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan universiti luar di peringkat antarabangsa terus dipelihara dan dikukuhkan dari semasa ke semasa.

Terbaru, Pusat Antarabangsa UTeM bersama siswa universiti ini telah membuat lawatan ke Universitas Islam Batik Surakarta (UNIBA), Indonesia baru-baru ini bagi menjayakan program Pertukaran Pelajar UTeM dan UNIBA selama 8 hari.

Ini adalah salah satu aktiviti  yang diterjemahkan hasil daripada Perjanjian Persefahaman (MoU) antara kedua-dua buah universiti iaitu UTeM dan UNIBA dan ternyata ianya memberikan impak positif bagi kedua-dua pihak di rantau ini.

Menurut Pengarah Pejabat Antarabangsa UTeM, Prof. Madya Dr. Md Nizam Abd Rahman berkata, seramai 20 orang pelajar yang terdiri dari Buddies yang dilantik dari setiap fakulti dari UTeM telah mengikuti program tersebut bersama-sama dengan seorang pegawai pengiring dari Pejabat Antarabangsa UTeM.

Tambah beliau, program tersebut turut meluaskan pengalaman pembelajaran bagi pelajar yang menyertai program ini di samping meningkatkan kemahiran komunikasi mereka di peringkat antarabangsa.

"Mereka turut diberikan pendedahan komprehensif tentang gaya hidup, budaya, bahasa dan aspek-aspek sosial masyarakat Indonesia dan perkara ini merupakan kelebihan kepada para peserta untuk menyelami realiti ini secara langsung", ujar beliau lagi.

Selama 8 hari tersebut, pelbagai aktiviti telah disusun bagi memenuhi sesi program tersebut di mana para pelajar telah turut serta dalam mempelajari seni permainan muzik tradisional masyarakat solo seperti gamelan, mempelajari membuat dan mencanting batik, mendalami tatanegara masyarakat Indonesia, mengetahui dan  sejarah peninggalan kerajaan lama di Solo dan Indonesia

Beberapa tempat menarik di sana turut dilawati mereka antaranya adalah Muzium Kraton di solo dan Yogyarkarta Indonesia, Pusat Herba di Tawangmangu yang mana merupakan salah satu fakulti yang terdapat di UNIBA, SMK Batik dan SMA Batik di bawah Yayasan Batik Indonesia serta Muzium kilang memproses gula tebu zaman Belanda.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

027690218