Produk berkonsepkan inovasi biomas jana tenaga oleh kumpulan siswa dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah dinobatkan sebagai juara dalam Cabaran Inovasi Inklusif (IIC 2018) Zon Selatan.

Kemenangan mereka dalam IIC 2018 yang berlangsung di Dewan Millenia, Perbadanan Usahawan Johor Berhad baru-baru ini dengan membawa pulang trofi, sijil penghargaan bersama wang tunai RM 5,000.00.

Pertandingan ini merupakan medan inovasi antara universiti awam, swasta serta agensi-agensi dari sektor awam serta swasta dalam mempamerkan pembangunan idea-idea baharu dan seterusnya menambahbaik kualiti kehidupan pada masa hadapan.

Kumpulan ini terdiri daripada Nagen Krishnan dan Singh Dhillon Gurdir Singh merupakan pelajar Tahun 4 dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) bersama dengan Penyelia mereka Rahaini Mohd Saad dan Shamsul Fakhar Abd Gani yang juga merupakan pensyarah dari fakulti berkenaan.

Rahaini Mohd Saad berkata, projek inovasi pelajar FTKEE ini telah dipilih untuk mewakili FTKEE UTeM selepas dilihat berpotensi dan mampu diketengahkan setelah melalui penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Tambah beliau, produk tersebut dikenali sebagai “Development of Energy Harvesting Mechanism from Burning Process via IoT Based Systemini dapat membantu komuniti sewaktu kecemasan seperti banjir dan beberapa keadaan lain yang memerlukan.

Sementara itu Nagen Krishnan pula menambah, produk ini dihasilkan dengan mengunakkan sumber biomass sepenuhnya dan dibakar untuk menghasilkan tenaga elektrik di samping itu dilengkapkan dengan sistem IoT  bagi memantau penghasilan tenaga yang di janakan.

Jelas beliau produk ini dilengkapi dengan sistem IoT kerana ianya adalah selari dengan perkembangan momentum kecanggihan teknologi terkini beraliran Revoulusi Industri 4.0.

“Produk ini juga jelas berbeza dengan produk-produk lain yang menjana sumber tenaga menerusi sistem panel solar yang mana memerlukan kos yang tinggi untuk penghasilan di samping terbabit dengan kos penyelengaraan berkaitan”, ujar beliau lagi.

Dekan FTKEE UTeM, Prof. Madya Ts. Mohd Rahimi Yusoff gembira dengan kejayaan ini dan menyatakan bahawa penyertaan FTKEE ke pertandingan inovasi seperti ini merupakan salah satu inisiatif untuk memperkenalkan FTKEE dan UTeM khususnya ke peringkat nasional dan global.

Ujar beliau, penyertaan dari para pelajar juga mampu memberikan satu pendedahan yang sangat berharga kepada mereka dan ianya mampu meningkatkan keyakinan dan potensi pelajar-pelajar.

Beliau juga mengharapkan lebih ramai lagi pelajar-pelajar FTKEE mengambil peluang penyertaan seumpama ini sekaligus menyokong aspirasi kerajaan dalam merancakkan bidang penyelidikan dan inovasi di negara ini.

Lebih daripada lima puluh produk inovasi dan penyelidikan telah menyertai IIC 2018 yang mereka antaranya dari Universiti Teknologi Malaysia, UNIKL, ADTEC, RISDA dan banyak lagi.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

027687910