Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Majlis Pemakaian Selempang Jubah kepada graduan pasca siswazah fakulti tersebut.

Program tersebut diadakan di Auditorium Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal Melaka baru-baru ini yang mana ianya bersempena dengan Majlis Konvokesyen UTeM ke 14.

Dekan FPTT UTeM, Profesor Dr. Md. Nor Hayati Tahir melahirkan rasa kesyukuran dan mengucapkan tahniah kepada para graduan dari fakulti ini yang telah berjaya bergraduat pada tahun ini.

Jelas beliau, pada tahun ini FPTT telah melahirkan seramai 6 orang graduan Doktor Falsafah (PhD), 23 orang graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan 13 orang graduan  Sarjana Penyelidikan.

Sepintas lalu beliau mengulas, sejak FPTT ditubuhkan sekitar tahun 2009, seramai 276 orang graduan pasca siswazah telah dihasilkan dengan jayanya menerusi FPTT UTeM.

Sempena Majlis Konvokesyen UTeM ke 14 ini seramai 3 graduan pasca siswazah FPTT telah menerima anugerah kecemerlangan akademik masing-masing.

Bagi Anugerah Pro-Canselor diterima oleh Nurayati Dabas, Anugerah Naib Canselor pula diterima oleh Noorharnani Mohd Sarkawi dan bagi Tesis Terbaik pula dianugerahkan kepada Siah Jia Wen.

Md. Nor Hayati berharap majlis sebegini menjadi pemangkin atau katalis suntikan motivasi beranjakan tinggi bukan hanya kepada para graduan malah kepada kepada pelajar Pasca Siswazah FPTT serta para pensyarah untuk terus dinamik mengukir kecemerlangan akademik.

“Ini adalah selari dengan agenda UTeM yang sentiasa merintis, sentiasa meneraju dalam pemartabatan jenama universiti awam teknikal yang paling berperestij di negara ini.

Dalam majlis itu seramai 42 orang graduan pasca siswazah FPTT bagi tahun 2018 telah dipakaikan selempang jubah dan inilah pertama kali majlis sedemikian dianjurkan oleh fakulti ini.

Sementara itu Alumni pasca siswazah FPTT, Mohd Yusof Abu Bakar berkata, pembelajaran di UTeM bukan sahaja selesa dengan persekitaran pembelajaran yang sangat kondusif malah sangat sesuai bagi mereka yang sedang bekerja untuk menyambung pengajian.

Seramai 120 orang tetamu jemputan ke acara ini yang terdiri daripada pelajar sarjana, ibu bapa dan para pensyarah FPTT serta staf pentadbiran.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

027690408