Akademi Sains Malaysia (ASM) mengiktiraf kepakaran Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib FASc dalam bidang Teknologi maklumat dan Sains Komputer dengan pelantikan beliau sebagai Felo baharu Akademi Sains Malaysia.

Pelantikan ini diumumkan bersempena dengan Majlis Anugerah Felo dan Anugerah  Saintis Terbaik 2018 yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib FASc yang juga Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melahirkan rasa kesyukuran di atas pencapaian berprestij ini.

Katanya, pencapaian ini menzahirkan pihak ASM benar-benar mengiktiraf pencapaian serta sumbangan beliau dan UTeM dalam bidang Teknologi Maklumat dan Sains Komputer.

Tambah beliau, hasil sumbangan ini memberi impak kepada lonjakan kecemerlangan bidang Teknologi Maklumat dan Sains Komputer bukan hanya di peringkat nasional malahan di peringkat antarabangsa.

“Selari itu pengiktirafan ini turut membuka lembaran yang lebih luas lagi untuk beliau dan UTeM terus memberikan sumbangan berimpak terutama berkaitan dengan pelbagai kajian strategik dan aktiviti bersama denganASM”, ujar beliau lagi.

Pelantikan dan pengiktirafan sebagai FASc ini telah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dalam majlis ini.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Isnaraissah Munirah Majilis serta Presiden ASM Profesor Datuk Dr Asma Ismail.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

026963552