Atas inisiatif berkongsi ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang Pengaturcaraan dan Sains Komputer maka  Jabatan Kejuruteraan Perisian, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan program Teens@Coding 2018 bertempat di Kampus Induk UTeM durian Tunggal baru-baru ini.

Program Teens@Coding 2018 dianjurkan bagi memberikan pendedahan tentang bidang ini bagi para pelajar sekolah menengah dan guru-guru Sains Komputer dan Asas Sains Komputer.  

Program yang berlangsung sebanyak dua sesi tersebut merupakan salah satu daripada cabang FTMK UTeM untuk menyebarluas kesedaran dan pendedahan terhadap bidang Pengaturcaraan dan Asas Sains Komputer kepada pelajar sekolah menengah di samping memupuk minat para pelajar sekolah menengah di dalam bidang Teknologi Maklumat.

Menurut Dekan FTMK, Gs. Dr. Othman Mohd dalam ucapan beliau pada majlis penutup program tersebut berkata, program yang berlangsung adalah program Jom Java dan Jom Merekabentuk Pangkalan Data melibatkan penyertaan yang ramai dari kalangan pelajar dan guru sekolah dari dalam dan luar Melaka.

Katanya, pelbagai maklumbalas positif diterima daripada para peserta yang berharap agar program ini dapat diteruskan lagi dengan modul lain pula secara berperingkat bagi memenuhi aspirasi pendidikan ICT Negara.    

Antara pengisian kursus Jom Java adalah merangkumi langkah-langkah mudah dalam memahami Java sehingga mampu membuat Aplikasi Tasbih ringkas yang dikendalikan oleh Maslita Abd Aziz, Dr. Zahriah Othman dan Mashanum Osman.

Seterusnya penganjuran kursus yang digelar sebagai Jom Merekabentuk Pangkalan Data pula menggunakan kaedah Unplugged CS iaitu pemahaman konsep asas pengkalan data tanpa bergantung kepada mana-mana Database Management System (DBMS) tertentu dan untuk program ini melibatkan tenaga pengajar yang terdiri daripada Dr. Noraswaliza Abdullah, Prof. Madya Dr. Nurul Akmar Emran dan Gs. Dr. Safiza Suhana Kamal Baharin

Turut hadir sama sewaktu majlis penutup program berkenaan adalah Ketua Jabatan Kejuruteraan Perisian Prof. Madya Dr. Sanusi Azmi dan Penyelaras Program Puan Nor Hafeizah Hassan.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

026964150