Hasil inovasi para pelajar tahun akhir Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FTKMP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya meraih kemenangan besar di 3rd National Innovation Competition 2018 (3rd INNOCOM) di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis baru-baru ini.

Menurut Dekan FTKMP UTeM Profesor Madya Dr Umar Al Amani Azlan berkata,  Kejayaan yang telah dicapai oleh barisan pelajar dari FTKMP UTeM adalah memenangi 2 Anugerah Khas, 4 pingat emas dan 2 pingat perak sekaligus melonjakkan prestij UTeM di persada inovasi.

Tambah beliau, senario ini menzahirkan bahawa pelajar FTKMP UTeM yang beraliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) universiti ini mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi sekaligus membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Katanya, 2 Anugerah Khas diperolehi menerusi produk inovasi Car Door Map Pocket yang mesra alam daripada serat kenaf dan Easy-Hook pula adalah produk untuk mengatasi masalah getah paip di dalam tandas.

“Dalam masa yang sama kedua-dua produk tersebut turut memenangi tema Green Innovation Inspires Safer World dan berjaya membawa pulang sejumlah wang tunai bernilai RM650.00 serta sijil penghargaan.

“Sementara itu 4 produk inovasi yang telah berjaya merangkul 4 pingat emas pula adalah produk Eco-Helmet Safety From Nature, Easy-Hook, Car Door Map Pocket dan Semi Automatic H2OiL Purifier”, ujar beliau lagi.

Mengulas lanjut beliau berkata, pingat perak pula berjaya diraih menerusi projek inovasi Developement of a New River Trash Collector dan Ultra Lightweight 3D Printing Orthopaedic Calf Cast.

Sementara itu Timbalan Dekan Penyelidikan & Jaringan Industri FTKMP UTeM Professor Madya. Ir. Dr. Mohd Yuhazri Yaakob berkata, penglibatan pelajar dalam aktiviti pertandingan inovasi perlulah diperkasakan lagi agar tahap pemikiran dan jaringan pelajar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dapat di perkukuhkan.

Jelasnya ia adalah seiring dengan kemajuan fenomena Revolusi Perindustrian 4.0 yang hebat diperkatakan pada masa sekarang sekaligus memupuk budaya kreatif dan inovatif di samping memberikan impak positif kepada kemajuan komuniti, ekonomi dan negara.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

026964823