Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah meluaskan pengambilan pelajar bagi program Pesisir Doktor Falsafah di peringkat antarabangsa dan selari itu pengambilan pelajar dari Indonesia telah diadakan baru-baru ini.

Sehubungan itu Pusat Antarabangsa UTeM ini telah menganjurkan Majlis Sambutan Selamat Datang bagi Pelajar Pesisir Indonesia ke UTeM bertempat bertempat di Auditorium Pusat Pengajian Siswazah, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal.

Majlis tersebut telah diadakan bagi mengalu-alukan ketibaan kesemua pelajar Program Pesisir Doktor Falsafah (PhD) antara UTeM dan Politeknik Negeri Jakarta (PNJ) yang berjumlah seramai 73 orang pelajar pesisir menerusi tiga kumpulan.

Menurut Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib dalam ucapan beliau menyatakan bahawa program ini merupakan lanjutan daripada perjanjian persefahaman antara UTeM, UDINUS dan KOPERTIP yang telah ditandatangani pada tahun 2015 yang lalu.

Ujar beliau lagi, sebaik sahaja persetujuan dimeterai, UTeM berbesar hati menerima kehadiran kumpulan pertama pelajar pesisir peringkat PhD pada tahun 2016 seramai 26 orang, diikuti dengan kumpulan kedua seramai 24 orang dan seterusnya kumpulan ketiga seramai 23 orang.

Program UTeM - Indonesia PhD ini dilaksanakan sebagai usaha bersama UTeM dengan pihak KOPERTIP (Konsortium Perguruan Tinggi Provider), APTIKOM (Assosiasi Perguruan Tinggi Teknik Informatika dan Ilmu Komputer)  dan DIKTI dalam meningkatkan bilangan pemegang PhD di dalam dunia Pendidikan Perguruan Tinggi di samping memberi penekanan terhadap pelaksanaan penyelidikan berdasarkan keperluan industri di Indonesia.

Pelajar pesisir dari Indonesia tersebut merupakan sebahagian daripada 588 orang pelajar antarabangsa yang memilih untuk melanjutkan pengajian di UTeM di samping 29 buah negara yang lain termasuklah Yemen, Iraq dan 27 negara yang lain dan UTeM turut mengekalkan hubungan strategik merangkumi negara seperti USA, Perancis, Jerman, United Kingdom, Korea, Jepun, EUA dan dan tidak ketinggalan dari Indonesia menerusi bidang Advanced Manufacturing and Computing Technology.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

026963957