Pusat Kecemerlangan dan Kesarjanaan Akademik (CAES) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menganjurkan Ceramah Eksekutif bertajuk Keunggulan Peribadi Seorang Sarjana yang akan diadakan pada 1 November 2018 bertempat di Auditorium Pusat Pengajian Siswazah, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal.

Ceramah Eksekutif ini akan disampaikan oleh ikon komuniti yang tidak asing lagi iaitu Datuk Dr. Zahazan Mohamad yang merupakan seorang Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2014 atas sumbangan beliau dalam membantu mengangkat anak bangsa menerusi ceramah beliau.

Menurut Pengarah CAES UTeM, Prof. Dr. Faaizah Shahbodin berkata, beliau sebagai tokoh agama yang tidak asing lagi di kaca televisyen seperti di segmen Tanyalah Ustaz, Motivasi Pagi, Al-Kulliyah, dan Jejak Rasul.

Katanya, pada ceramah yang bakal disampaikan oleh beliau kelak adalah menyentuh tentang kaedah membina keperibadian cemerlang bagi melahirkan insan yang cemerlang bukan sahaja di dunia dan akhirat.

Tambah beliau, bagi tujuan memastikan mesej ceramah ini sampai kepada para peserta maka turut akan dipaparkan contoh-contoh keperibadian sarjana cemerlang kerana ianya penting untuk mereka yang turut terlibat dalam skop pengajaran & pembelajaran berkesan, Ilmu kemahiran dan motivasi.

Ceramah Eksekutif tersebut menyediakan tempat yang terhad kerana di jangkakan program akan berlangsung pada 1 November kelak bertempat di Dewan Auditorium, Pusat Pengajian Siswazah, Kampus Induk UTeM dan sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi staf CAES di talian 06 – 2704512/13 ataupun menerusi emel, This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

026963177