Majlis Profesor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (MPUTeM) bersama Ketua Pusat Kecemerlangan universiti ini telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Yang Berhormat Mohd Rafiq Naizamohideen, Exco Perindustrian, Pedagangan dan Pelaburan Negeri Melaka baru-baru ini.

Lawatan yang diketuai oleh Pengerusi MPUTeM, Prof. Dato’ Dr. Abu Abdullah bersama lima lagi wakil delegasi UTeM tersebut telah diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwah di antara pemimpin kerajaan terkini bersama MPUTeM.

Pengerusi MPUTeM Prof. Dato’ Dr. Abu Abdullah berkata, kunjungan ini turut bertujuan bagi berkongsi pandangan di samping menawarkan kepakaran Profesor akademik UTeM bagi perkara berkaitan dalam teknologi perindustrian semasa.

Katanya, perkongsian pandangan dan pendapat ini diharapkan dapat membantu meningkatkan lagi kerancakan sektor perindustrian, perdagangan dan pelaburan negeri Melaka sebagai negeri maju berteknologi tinggi.

Delegasi UTeM yang mewakili MPUTeM yang turut serta dalam kunjung hormat tersebut adalah Dekan Pusat Pengajian Siswazah UTeM, Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Ir. Dr. Marizan Sulaiman, Prof. Ir. Dr. Kenneth A/L Sundaraj.

Sementara itu turut hadir sama dalam majlis berkenaan adalah dua orang Pengurus Pusat Kemerlangan UTeM iaitu Prof. Madya Gs. Dr. Asmala Ahmad dari Centre for Advanced Computing Technology (C-ACT) dan Prof. Madya Ir. Dr. Gan Chin Kim dari Centre for Robotics & Industrial Automation (CeRIA).

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 12 December 2018

027789030