Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Islamic University of Technology (IUT), Gazipur Bangladesh baru-baru ini bertempat di Bangunan Canselori Kampus Induk UTeM Durian Tunggal

Dalam majlis ini UTeM diketuai oleh Naib Canselor Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib manakala pihak delegasi IUT pula diwakili oleh Naib Canselor Dr Omar Jah bersama dua orang pegawai kanan IUT Prof Dr Md Anayet Ullah Patwari dan Prof Dr Mohammad Rakibul Islam.

Menurut Dr Shahrin Sahib berkata, MoU antara kedua-dua buah universiti ini akan memperolehi pelbagai manfaat bersama di peringkat antarabangsa dan kini UTeM turut menjadi rujukan IUT Bangladesh serta pelbagai program dirancang untuk dijayakan bersama.

Katanya, menerusi MoU ini UTeM dan IUT merancang untuk melaksanakan pertukaran staf berkepakaran tinggi berkaitan penyelesaian pemasalahan dalam bidang-bidang berkaitan kejuruteraan pembuatan dan teknologi.

“Sementara itu, turut akan diadakan kerjasama berkaitan pengajaran dan penyelidikan dalam bidang berkepentingan bersama melibatkan aktiviti  pertukaran pelajar, perkongsian bahan pembelajaran antara kedua-dia pihak”, ujar beliau lagi.

Mengulas lanjut beliau berkata, IUT juga berharap pihak UTeM untuk menjayakan penganjuran secara bersama bagi aktiviti seperti seminar, bengkel  dan perkongsian saintifik di samping program-program latihan berkaitan kejuruteraan dan teknologi.

IUT Bangladesh merupakan sebuah institutusi pendidikan tinggi dan penyelidikan antarabangsa yang menawarkan pelbagai program akademik dalam bidang kejuruteraan dan teknologi serta berkaitan langsung pendidikan teknikal dan latihan vokasional.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Prof Datuk Dr Mohd Razali Muhamad, Dekan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) Prof Madya Dr Zamberi Jamaludin serta pegawai kanan UTeM yang lain.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 12 December 2018

027789357