Exco Kebajikan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka UTeM telah menganjurkan program Bakti Siswa Anak-anak Syurga di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Harapan bertempat di Krubong Perdana Utama, Melaka baru-baru ini.

Seramai 55 orang sukarelawan yang terdiri daripada kalangan pelajar FTKMP telah terlibat dalam menjayakan program Bakti Siswa Anak-anak Syurga ini untuk bersama-sama membersih dan menceriakan kawasan persekitaran rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Harapan tersebut.

Menurut Pengarah Program, Khairul Hazim Ahmad berkata, program ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) fakulti yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubugan bersama dengan masyarakat setempat.

Katanya, menerusi program ini maka pelajar UTeM dapat berinteraksi secara langsung sambil membantu golongan yang kurang berkemampuan serta menggembirakan hati mereka.

Mengulas lanjut beliau berkata, program Bakti Siswa ini telah dijalankan ini bermula seawall pagi dan berakhir sebelah petang selepas semua aktiviti gotong royang dan proses menceriakan kawasan pembelajaran anak-anak tersebut berjaya diselesaikan.

Turut hadir Dr. Hazwani Bin Mokhtar, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar FTKMP bagi merasmikan program Bakti Siswa Anak-Anak Syurga.

Dr Hazwani mengucapkan ucapan penghargaan kepada kesemua sukarelawan yang telah bertungkus lumus serta sudi meluangkan masa dan tenaga untuk bersama-sama membantu menjayakan program ini.

Beliau mengharapkan agar program sedemikian akan terus dilanskanakan pada masa akan datang bagi memyemai budaya akhlak mulia dan suka membantu kepada golongan yang memerlukan.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

026963186