Universiti Teknikal Malaysia Melaka menerusi Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah menjalankan Pilihan Raya Kampus (PRK) sesi 2018/2019 bagi tujuan melantik barisan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baharu sesi 2018/2019 baru-baru ini.

PRK 2018/2019 UTeM kali ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila kesemua urusan pengendalian PRK ini diuruskan sepenuhnya oleh mantan ahli-ahli MPP sesi 2017/2018 manakala di bawah pemantauan dari pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTeM.

Menurut Naib Canselor UTeM sewaktu ditemubual selepas majlis pengumuman calon yang memenangi dalam PRK UTeM 2018/2019 berkata, penglibatan mantan-mantan MPP tersebut merupakan selaras dengan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia dalam memperkasakan fungsi persatuan pelajar sebagai Student Union yang aktif di kebanyakan universiti luar negara dalam merancang dan melaksana aktiviti oleh pelajar.

Katanya, uniknya juga pada tahun ini pertama kali  UTeM telah mewujudkan kaedah pengundian terbaru iaitu menerusi Mobile Voting yang mana para pelajar yang berada di luar kawasan kampus seperti yang sedang mengikuti latihan industri mahu pun pelajar Sarjana yang tidak terlibat secara langsung di dalam kampus boleh mengundi menerusi peranti mudah alih mereka tanpa perlu hadir ke kampus.

"Justeru itu berlakunya lonjakan jumlah pengundian pada kali ini sebanyak 79.99% atau 10,738 orang pelajar telah turun membuang undi pada hari tersebut yang mana ia merupakan peratusan tertinggi berbanding tahun lepas yang mana hanya sbanyak 70.39% pelajar yang mengundi", ujar Dr Shahrin lagi.

Mengulas lanjut beliau berkata, peratusan pelajar mengundi menerusi aplikasi Mobile Voting juga memberansangkan untuk kali pertama apabila seramai 406 orang telah menjalankan kewajipan mereka berbanding 1179 orang pelajar.

Sementara itu, Penolong Naib Canselor Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti yang menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor HEP Prof Dr Ridzuan Nordin memaklumkan sebanyak 11 pusat membuang undi telah diwujudkan di mana sebanyak lima pusat pengundian di Kampus Induk, Durian Tunggal, lima di Kampus Teknologi Ayer Keroh dan satu di Kampus Bandar Melaka Jalan Hang Tuah.

Siti Nur Huda Haji Md Yusof telah diangkat sebagai calon paling banyak menerima undi dengan bilangan 5731 undian diikuti dengan lapan lagi rakan mereka bagi kawasan umum manakala Fadhlur Rahim Azmi pula diumumkan sebagai menang tanpa bertanding bagi kerusi Post Graduate setelah hanya satu nama dicalonkan pada sesi pencalonan yang berlangsung pada 27 September 2018 yang lalu.

Saingan sengit sebanyak tujuh penjuru juga dicatatkan buat kali pertama di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) yang mana calon harapan, Muhamad Khair Kamaruzaman telah mendapat undian tertinggi dengan jumlah undian sebanyak 821 undian.

Hasil daripada PRK UTeM 2018/2019 ini maka kini telah ada senarai calon yang  menjadi ahli MPP bagi sesi 2018/2019 yang mana mereka inilah sebagai wakil para mahasiswa dan mahasiswi di universiti serta menjadi suara pelajar di sini.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: