Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawan (CREATE) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama PETRONAS ICT dan Melaka Refinary Complex Sdn Bhd (MRCSB) akan menganjurkan pertandingan Petronas Digital Day @ UTeM.

Pertandingan dan penjurian ini akan berlangsung sepenuhnya pada 25 September 2018 nanti bertempat di Kampus Teknologi UTeM, Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka.

Menurut Penyelaras Program merangkap Timbalan Pengarah CREATE UTeM Ir Mohamad ‘Afif Kasno berkata, pertandingan ini merupakan medan terzahirnya hubungan baik antara UTeM dan juga Petronas lalu diterjemahkan dalam bentuk penganjuran pertandingan yang berunsurkan pemerkasaan kepakaran teknologi.

Katanya, menerusi pertandingan ini para peserta yang terdiri daripada pelajar UTeM diuji untuk menghasilkan ciptaan dan penyelesaian masalah industri berbentuk inovasi aplikasi dan prototaip, seterusnya penyelesaian yang terbaik akan digunakan di dalam pembangunan aplikasi di MRCSB pada masa akan datang.

“Di samping itu, pertandingan ini turut menguji kebolehan pelajar-pelajar dalam menyediakan perancangan perniagaan dan seterusnya membuat kaji selidik ke atas kehendak pengguna serta bakal pengguna aplikasi prototaip tersebut”, ujar beliau lagi.

Mengulas lanjut beliau berkata, sehingga kini pihak penganjur dimaklumkan bahawa penglibatan pelajar adalah seramai 64 orang pelajar menerusi 25 kumpulan dan mereka di bawah bimbingan 24 orang staf yang merupakan tenaga pengajar di sini.

Beberapa hadiah menarik telah disediakan oleh pihak penganjur kepada bakal pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga yang mana hadiah-hadiah berupa wang tunai, sijil pernyertaan dan barangan daripada Petronas.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

026905867