Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti dan Risiko (PPSKR), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mengkordinasikan Audit Pensijilan Semula dan Naik Taraf MS ISO 9001:2015 baru-baru ini.

Agenda ini adalah sebahagian daripada usaha ke arah memenuhi spesifikasi yang termaktub dalam mencapai kualiti sistem pengurusan UTeM serta naik taraf Pensijilan ISO 9001:2015.

Program ini telah berjalan selama seminggu merangkumi ketiga-tiga kampus UTeM iaitu Kampus Induk, Kampus Teknologi dan Kampus Bandar yang mana telah dilihat keseluruhan proses berdasarkan keperluan dan kehendak skop pensijilan yang telah ditetapkan.

Menurut Pengarah PPSKR, Prof. Dr. Rabiah Ahmad berkata, UTeM telah melalui proses audit naik taraf sijil ISO 9001:2015 yang mana mana ianya merupakan pensijilan kualiti pengurusan yang menekankan model berasaskan risiko dalam sistem pengurusan kualiti.

Katanya, seramai enam orang Juruaudit dari SIRIM yang diketuai oleh Muhammad Fadhlullah Rahmat telah hadir menjalankan pengauditan keseluruhan berdasarkan kepada skop pensijilan.

Sementara itu Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib turut memberi pandangan bahawa pihak UTeM telah memberikan komitmen terbaik dan membantu pihak Juruaudit dalam memudahcara proses ini dan berharap akan beroleh kejayaan seperti yang diharapkan.

Tambah beliau lagi, dengan kejayaan UTeM menerima Sijil MS ISO 9001:2015 tersebut, ianya membuktikan bahawa UTeM amat menitik beratkan budaya kerja cekap, amanah dan berwibawa.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

026904040