Berlandaskan jalinan persahabatan dua universiti maka Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) semalam.

UTeM dan UniMAP sememangnya telah terjalin keserakanan strategik dalam menjayakan agenda pengajian tinggi negara menerusi Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Kunjungan hormat Naib Canselor UniMAP Dato’ Profesor Dr. Zul Azhar Zahid Jamal bersama delegasinya telah disambut oleh Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib di pejabatnya di Bangunan Canselori Kampus Induk UTeM Durian Tunggal.

Dr Shahrin berkata, antara pengisian perjumpaan ini adalah berkisar kepada perkongsian maklumat dan kepakaran yang dimiliki oleh kedua-dua universiti yang berada dalam naungan MTUN ini.

Katanya, mereka turut berbincang lanjut tentang pengisian halatuju berimpak tinggi berkenaan isu pendidikan tinggi negara yang menjadi tumpuan ramai iaitu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Sememangnya MTUN mengambil pendekatan serius dan bersungguh-sungguh dalam meletakkan keutamaan pencapaian agenda TVET negara kerana MTUN adalah peneraju TVET aras tinggi Malaysia”, ujar beliau.

Mengulas lanjut beliau berkata, antara lain aspek syarat kemasukan lepasan diploma dari Kolej Vokasional juga turut dibicang lanjut selari dengan hasrat ke arah pemerkasaan TVET ini.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 12 December 2018

027798005