Dua orang atlet dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Mohamad Taufiq Md Osman Ani dan Anis Amirah Basri telah menerima anugerah Atlet Lelaki Terbaik Universiti dan Atlet Wanita Terbaik Universiti pada Anugerah Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2017 yang telah berlangsung di Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anugerah tersebut telah mempertandingkan sebanyak 13 kategori yang menajdi rebutan dalam kalangan  20 Universiti Awam Malaysia dengan anugerah utama yang menjadi tumpuan adalah Olahragawan dan Olahragawati MASUM 2017.

Menurut Pengarah Pusat Sukan UTeM, Dr. Rosli Saadan sewaktu ditemui selepas tamat majlis menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga di atas penghargaan yang diberikan kepada atlet UTeM.

Tambah beliau lagi, anugerah yang diterima menjadi pembakar semangat untuk terus komited untuk terus membawa dan mengharumkan nama UTeM ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Mohamad Taufiq Md Osman Ani yang merupakan mahasiswa Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FTKMP) yang bergiat aktif dalam acara rowing dan telah dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik pada Majlis Anugerah Sukan UTeM 2017.

Manakala Anis Amirah Basri pula merupakan mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) yang telah mewakili Malaysia pada Sukan SEA 2017 dan memenangi pingat gangsa pada kejohanan tersebut menerusi acara petanque telah diangkat sebagai Olahragawati Terbaik pada Majlis Anugerah Sukan UTeM 2017.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Gazali Abas bersama Naib Canselor UM Datuk Ir Dr. Abdul Rahim Hashim dan Pengerusi MASUM, Prof. Datuk Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Pada majlis tersebut, kadua-duanya telah membawa pulang siji penghargaan dan trofi kemenangan yang diserahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Gazali Abas.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 12 December 2018

027799267