Dengan inisiatif pemupukan budaya perkongsian ilmu secara berterusan bagi warga kampus dan masyarakat sekitar maka Perpustakaan Laman Hikmah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menjalankan Program Pengumpulan Sumbangan Buku.

Program sumbangan buku yang bertemakan “Keep A Book Alive” ini secara inisiatifnya telah dilaksanakan oleh pihak Perpustakaan Laman Hikmah UTeM sejak tahun 2015 lagi dan mendapat galakan dan sokongan yang begitu menggalakkan dari warga kampus sendiri.

Menurut Penyelaras Program Mez Zelina Yusof berkata, antara objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada warga UTeM dan masyarakat sekeliling berkongsi bahan bacaan.

Katanya, budaya perkongsian bahan bacaan ini juga merancakkan perkongsian ilmu sekaligus mencorakkan budaya cintakan buku dalam kalangan masyarakat.

Tambah beliau, bermula tahun 2017 Perpustakaan Laman Hikmah UTeM mengambil inisiatif untuk memperluaskan lagi skop penerimaan bahan bacaan dengan meluaskan penerimaan sumbangan daripada pihak luar pula.

“Bagi menjayakan hasrat ini maka kotak-kotak sumbangan bahan bacaan telah ditempatkan di beberapa lokasi strategik seperti Wisma Negeri Melaka serta pusat membeli belah tumpuan ramai seperti Aeon, Ayer Keroh dan Mydin MITC”, ujar beliau lagi.

Justeru itu kepada orang ramai dan pihak luar yang turut sama ingin menjayakan program berimpak besar ini maka bolehlah berbuat demikian atau menghubungi pihak Perpustakaan Laman Hikmah UTeM di talian 06-2701235/06-2701188 atau emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 12 December 2018

027800385