Majlis Penyerahan Bendera yang disampaikan oleh Naib Canselor kepada kontinjen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi penyertaan Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2018 yang telah diadakan baru-baru ini bertempat di Pusat Sukan, Kampus Induk UTeM Durian Tunggal.

Kejohanan SUKUM 2018 kali ini akan berlangsung pada 10 sehingga 18 Ogos 2018 bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan pengisian sebanyak 20 acara yang mana  melibatkan tujuh lokasi utama di sekitar Pahang.

Antara venue terbabit adalah seperti Stadium Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Kompleks Sukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan, UMP Cawangan Pekan, UMP Cawangan Gambang, kelab Golf Diraja Pekan, Berjaya Megamall Kuantan dan Gelanggang Lawn Bowls Indera Mahkota Sukpa.

Menurut Naib Canselor UTeM berkata, Kontinjen UTeM kelihatan bersemangat dan bertekad untuk beraksi cemerlang dalam kejohanan SUKUM 2018 ini dan turut berhasrat membawa nama UTeM ke peringkat yang lebih menyerlah lagi.

Katanya, menerusi kejohanan SUKUM ini juga turut menjadi pentas dalam jalinan keserakanan antara staf universiti-universiti awam Malaysia dalam menjalin silaturrahim di samping beraksi dalam acara permainan yang disertai masing-masing.

Majlis penyerahan bendera ini turut dihadiri oleh barisan Pengurusan Tertinggi UTeM bersama kira-kira145 orang atlet, 15 orang jurulatih dan pengurus yang dijangka memberikan persaingan sengit menentang pasukan UA yang lain.

Pasukan UTeM dijangka akan menyertai kira-kira 17 daripada 20 acara yang dipertandingkan dengan sasaran untuk membawa pulang empat pingat emas menerusi acara berbasikal senior dan veteran, ping pong individu dan  olahraga menerusi acara merejam lembing, tiga pingat perak menerusi acara basikal VIP, bowling padang dan acara olahraga dan dua pingat gangsa menerusi acara petaque wanita dan acara olahraga. 

Pada SUKUM 2017 lalu, UTeM telah berjaya memungut 3 pingat emas menerusi acara merejam lembing, dart berpasukan dan berbasikal pasukan senior, 3 pingat perak menerusi ping pong perseorangan lelaki veteran, bola jaring dan basikal individu lelaki senior manakala 2 pingat pula gangsa menerusi acara 4 x 100 lelaki veteran dan petaque perseorangan.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 12 December 2018

027797203