Jalinan kerjasama strategik antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Gujarat Forensic Sciences University (GFSU) terus diperkukuhkan dengan beberapa gerak kerja berimpak yang dilaksanakan bersama di samping komunikasi berterusan antara kedua-kedua universiti rantau Asia ini.

Terbaru Naib Canselor UTeM telah menerima kunjung hormat dari Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa GFSU Ravish Shah yang tertumpu kepada rangka perbincangan lanjut bagi gerak kerja semasa kedua-dua pihak.

Lawatan yang berlangsung minggu lalu bertempat di Pejabat Naib Canselor, Kampus Induk UTeM Durian Tunggal tersebut turut membincangkan aspek pengisian jaringan antarabangsa yang berimpak global.

Menurut Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, perbincangan lanjut adalah berkenaan dengan kerjasama yang telah dimeterai dalam bidang sains forensik seperti aspek pertukaran kepakaran dan pertukaran bahan-bahan saintifik dan maklumat teknikal yang berkaitan seperti dipersetujui dalam memorandum yang telah ditandatangani.

Katanya, kerjasama yang sedia terjalin diantara GFSU dan UTeM bertunjangkan kepada kepakaran menerusi bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat terutamanya dalam domain Keselamatan Maklumat dan Forensik Digital turut melojakkan nama UTeM di persada global.

GFSU dan UTeM telah menandatangani Memorandum Perjanjian pada penghujung tahun lalu untuk menjadi rakan kerjasama strategik berfokuskan kepada penyelidikan bidang sains forensik dan bidang-bidang ilmu sains yang berkaitan seperti Sains Forensik, Psikologi Forensik serta penyelidikan dan pembangunan forensik.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 12 December 2018

027800556