Pasukan Bola Jaring Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mengharumkan nama UTeM pada Pertandingan Bola Jaring Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota- Anggota Kerajaan (MAKSAK) Melaka 2018 apabila telah merangkul takhta kejuaraan dalam kejohanan yang diadakan di Dewan Badminton, Majlis Sukan Negeri Melaka, Ayer Keroh baru-baru ini.

Kejohanan ini memberikan saingan kepada 8 pasukan dari pelbagai agensi kerajaan negeri Melaka yang terdiri daripada pasukan Setiausaha Kerajaan Negeri A, pasukan Setiausaha Kerajaan Negeri B, pasukan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka A, pasukan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka B, pasukan Jabatan Pendaftaran Negeri Melaka, pasukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Melaka dan UTeM sendiri.

Menurut Pengurus Pasukan Bola Jaring UTeM, Hanita Talib sewaktu ditemui selepas penyampaian hadiah menyatakan kesyukuran diatas kemenangan yang diraih pada kejohanan tersebut.

Katanya lagi, beliau berharap agar para pemain dari UTeM yang memenangi kejohanan ini terpilih bagi mewakili pasukan MAKSAK negeri melaka untuk bertanding ke kejohanan MAKSAK peringkat kebangsaan.

“Saya turut berharap agar individu yang terpilih untuk mewakili pasukan MAKSAK Melaka ke kejohanan MAKSAK Kebangsaan agar turut membawa dan mencuba sedaya upaya mengharumkan nama UTeM dan Melaka juga dalam masa yang sama, kemenangan ini menjadi pembakar semangat kepada kakitangan UTeM yang lain untuk turut serta dalam sukan Bola Jaring ini”, ujar beliau mengakhiri ulasan.

Dalam kejohanan ini UTeM telah memenangi hadiah utama berjumlah RM300 berserta pingat dan Sijil Penyertaan setelah berjaya menundukkan pasukan Setiausaha Kerajaan Negeri B dengan lakaran pelbagai aksi hebat dari kedua-dua pasukan yang berakhir dengan skor 5-4 UTeM ke atas lawannya.

Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama bagi pasukan bola jaring UTeM kembali beraksi setelah sekian lama MAKSAK negeri Melaka tidak mengadakan sesi kejohanan sebegini dan pada kejohanan ini juga MAKSAK Melaka turut menjayakan agenda pencarian bakat baharu untuk digilap bagi beraksi cemerlang di peringkat Kebangsaan pula.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

026905345