Berteraskan konsep silang budaya dan pengantarabangsaan maka Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FTKMP) telah menganjurkan program Step UP 2018 bersama dengan Soon Chun Hyang University (SCHU) Korea Selatan baru-baru ini.

Program yang dilaksanakan pada tahun ini adalah rentetan kesinambungan kejayaan program yang dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun 2017 lalu dan pada tahun ini pula program Step Up 2018 diadakan bermula pada 1 hingga 12 Julai 2018 dan majlis perasmian diadakan di Dewan UTeM 1 Kampus Teknologi Ayer Keroh Melaka.

Menurut Dekan FTKEE Profesor Madya Mohd Rahimi Yusoff berkata, Step Up 2018 ini melibatkan seramai dua puluh empat orang pelajar dan 2 orang tenaga pengajar dari SCHU Korea bersama dengan dua belas orang belas orang pelajar dari UTeM yang bertindak sebagai fasilitator.

Katanya, dalam masa 12 hari program ini diadakan yang mana para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang seperti program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

“Program bersama dengan sekolah-sekolah terpilih sekitar Durian Tunggal, aktiviti Homestay dengan penduduk-penduduk kampung sekitar, lawatan ke kilang perindustrian, kelas bahasa melayu dan inggeris”, ujar beliau lagi. 

Mengulas lanjut beliau berkata, bagi merancakkan lagi semarak perkongsian kebudayaan Malaysia di Melaka ini para peserta dari SCHU Korea ini turut akan dibawa menghadiri majlis perkahwinan penduduk tempatan di samping menikamti  aneka kebudayaan dan variasi makanan tradisi di Melaka ini.

Sementara itu Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib pula berkata bahawa program berimpak nasional sebegini amat-amat digalakkan dilaksanakan di UTeM kerana ianya memberi pendedahan bersifat global dari aspek budaya dan pembelajaran.

Kata beliau lagi, pengajian dan pembelajaran adalah teras akademik sesebuah universiti namun percambahan budaya pula akan menambahkan lagi keunikan kebudayaan bagi gandingan dua buah negara.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: