Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima kunjung hormat dan lawatan kerja dari universiti terkemuka China, Jiangsu University of Technology baru-baru ini bagi usaha rangka pertemuan bagi mengembangkan program kolaborasi bersama diantara UTeM dan mereka.

Lawatan yang dikendalikan oleh Pusat Antarabangsa, UTeM ini telah di bangunan Canselori Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, minggu lalu dan turut dijayakan oleh pengurusan tertinggi UTeM yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM, Prof. Datuk Dr. Mohd Razali Muhamad bersama dengan Dekan-Dekan Fakulti dan Pengarah Pusat Antarabangsa.

Manakala delegasi dari Jiangsu University of Technology telah diketuai oleh Timbalan Presiden Universiti tersebut, Dong Cuntian bersama dengan 5 orang pengurusan tertinggi mereka yang lain iaitu Dekan Pejabat Hal Ehwal Akademik, Lei Weining, Dekan Pembinaan Disiplin dan Dekan Jabatan Pasca Siswazah, Zhang Jianbin, Profesor Matematik, Zhou Youming, Naib Dekan Kejuruteraan Mekanikal, Wang Zhenwei dan Naib Pengarah Pejabat Kerjasama & Pertukaran Antarabangsa, Yu Qinmei.

Menurut Prof. Datuk Dr. Mohd Razali Muhamad berkata,  perbincangan dua pihak ini adalah bagi membincangkan beberapa perkara utama yang menjurus kepada kerjasama dua hala bagi kedua-dua universiti.

Tambah beliau lagi, kedua- dua pihak turut berminat tentang peluang kerjasama  berkaitan mobiliti menerusi pertukaran pelajar dan pertukaran kakitangan akademik di samping mengadakan penyelidikan bersama antara Jiangsu University of Technology dan UTeM.

“Sehubungan itu turut menjadi topik menarik adalah berkenaan peluang menjalankan program Ijazah berkembar (Double Degree) dan juga program pengajian jangka pendek yang melibatkan pelajar dari kedua-dua universiti dan negara”, ujar beliau mengakhiri temubual.

Lawatan kerja dan perbincangan yang berlangsung akan dimeterai dengan Perjanjian Persefahaman yang dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.

Dengan pelaksanaan agenda sedemikian jelas menggambarkan UTeM begitu komited dalam usaha perkembangan empayar pengajian tinggi di peringkat antarabangsa lantas menzahirkan prestij nya selaku universiti awam paling berprestij dari negara ini.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

026906106