Pejabat Naib Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima lawatan dari Pengurusan Tertinggi, Politeknik Merlimau, Melaka dalam usaha merangka peluang kerjasama yang memfokuskan kepada bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Lawatan yang berlangsung baru-baru ini telah dihadiri oleh Pengarah Politeknik Merlimau, Hajah Rashidah Mustafa bersama-sama Timbalan Pengarah Akademik Rosita Zainal serta beberapa orang pegawai institusi berkenaan.

Menurut Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib berkata, pertemuan yang diadakan adalah lebih kepada perbincangan mengenai peluang kerjasama yang bersesuaian bagi projek kolaborasi di antara UTeM dan Politeknik Merlimau.

Tambah beliau lagi, pertemuan tersebut turut membincangkan beberapa perkara mengenai jalinan kerjasama menerusi program TVET yang turut menjadi teras dalam pembelajaran di UTeM.

Politeknik Merlimau turut memberi penghormatan kepada Naib Canselor UTeM apabila dijemput untuk menjadi salah seorang keynote speaker bagi kertas pembentangan bertajuk “Industrial Revolution 4.0 through TVET untuk 8thNational Conference in Education – Technical & Vocational Education and Training (CiE-TVET) 2018 yang dijangka berlangsung pada 5 September kelak anjuran Politeknik Merlimau.

Dalam pertemuan tersebut turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi UTeM iaitu Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Prof. Madya Mohd Rahimi Yusoff, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Dr. Umar Al-Amani Haji Azlan, Pengarah Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Canselori, Fazidah Ithnin dan Pengarah Pejabat Perancangan Dan Pembangunan Akademik, Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Fahmi Miskon.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

026904696