Backpackers Adventure Team Badan Kebajikan Staf Universiti Teknikal Malaysia (BAKUTeM) dengan kerjasama pihak PLUS Malaysia Bhd telah menganjurkan program Sadaqah Musafir 2.0 yang diadakan di Plaza Tol Ayer Keroh baru-baru ini.

Program ini telah melibatkan penglibatan seramai 45 orang  terdiri daripada staf, pelajar dan alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam erti kata menyempurnakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) universiti kepada orang awam atau spesifiknya para pengguna lebuhraya PLUS.

Penyelaras kelab Backpackers Adventure Team BAKUTeM Omar Abdul Aziz, berkata program Sadaqah Musafir telah menjadi program tahunan kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para penyumbang dan sokongan padu daripada pihak pengurusan universiti yang mana Naib Canselor UTeM Prof Datuk Ts Dr Shahrin Sahib turut menjayakannya.

Katanya, program ini juga sebagai salah satu sebagai usaha penghayatan bulan Ramadhan dan Syawal yang melibatkan kerja-kerja kebajikan dan sukarelawan bagi mengagih juadah ringan kepada para musafir di samping brosur berkaitan informasi tentang UTeM.

“Di samping itu pihak penganjur turut berpeluang berkongsi nasihat dan panduan menerusi tazkirah ringkas sebagai bacaan ringan kepada para musafir di sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing”, ujar beliau lagi.

Secara keseluruhannya program sebegini memberikan gambaran kepada masyarakat bahawa UTeM turut prihatin dalam menganjurkan program-program kebajikan dan kemasyarakatan yang sedikit sebanyak dapat menyemai sikap mesra komuniti dalam kalangan warga UTeM khasnya dan masyarakat setempat amnya.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: