Jawatankuasa Khidmat Masyarakat, Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tidak melepaskan peluang sempena Ramadan yang mulia ini dengan menghulurkan bantuan kepada 6 buah keluarga asnaf dan sebuah rumah anak-anak yatim dalam daerah Melaka Tengah baru-baru ini.

Program Tautan Kasih Ramadan 2018 baru-baru ini merupakan program tahunan anjuran mereka untuk membantu keluarga asnaf dan anak-anak yatim menerusi sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan makanan serta keperluan dapur yang lain.

Menurut Penyelaras program tersebut, Dr. Norihan Abdul Hamid sewaktu dihubungi menyatakan bahawa beliau berharap agar program yang dijalankan ini dapat memberikan ruang dan pada warga FKEKK khususnya dan seluruh komuniti UTeM umumnya agar dapat sama turun padang bagi merasai dan muhasabah diri melalui perkongsian derita golongan asnaf ini.

Tambah beliau lagi, tanggungjawab warga UTeM bukan hanya terletak di universiti sebagai pengerak kecemerlangan ilmu malahan tanggungjawab sosial seperti ini juga perlu dijalankan agar warga UTeM menjadi masyarakat yang lebih prihatin dan bertimbang rasa terutamanya kepada komuniti setempat.

Program ini berjaya mengumpulkan seramai 20 orang sukarelawan yang terdiri daripada warga FKEKK yang mana para sukarelawan tersebut dipecahkan kepada beberapa kumpulan bagi melengkapkan kesemua kunjungan yang telah dirancang.

Kunjungan tersebut bukan sahaja bertujuan menyerahkan sumbangan dan bantuan semata-mata namun turut bertanya khabar di samping menggembirakan mereka dalam menyambut Aidilfitri ini.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: