Pihak Pengurusan Tertinggi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mengadakan kunjungan hormat mengadap Ketua Menteri baharu bagi negeri Melaka iaitu Haji Adly Zahari  di Pejabat Ketua Menteri Melaka, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM Academician Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, Fasc menyatakan kunjungan ini adalah untuk memperkenalkan barisan kepimpinan UTeM serta hubungan strategik antara UTeM dan Kerajaan Negeri Melaka yang mana kini di bawah kepimpinan Ketua Menteri baharu.

Katanya, UTeM terus memainkan peranan signifikan dalam negeri Melaka ini selaku institusi kecemerlangan ilmu dalam konteks pengajian teknikal sekaligus memberi impak kepada lanskap pengajian tinggi di negeri Melaka ini.

Ujar beliau lagi, UTeM turut mengharapkan sokongan penuh dan padu dari kerajaan negeri terutamanya dalam memajukan institusi pendidikan di negeri Melaka, UTeM terutamanya untuk berdiri megah sebaris bersama Institusi Pengajian Tinggi Awam yang lain di Malaysia.

Kunjung hormat yang berlangsung selama dua jam tersebut tersebut telah dimulakan dengan pengenalan UTeM sebagai Universiti Teknikal pertama di Malaysia, lokasi kampus, kejayaan, jumlah pelajar dan beberapa lagi perkara umum sebagai makluman kepada Ketua Menteri Melaka.

Majlis kunjungan hormat yang diadakan tersebut turut dihadiri oleh Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib, Ahli lebaga Pengarah UTeM, Datuk Omar Shariff Mydeen bersama Pengurusan Tertinggi UTeM bagi membincangkan pelbagai perkara bagi memberi manfaat UTeM dan negeri Melaka.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: