Berfokuskan kepada membuka peluang kepada para mahasiswa untuk menjana pendapatan sewaktu berada di kampus, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Pejabat Pembangunan telah mewujudkan Sasana Niaga di sini bagi merelasasikan aspirasi murni ini. 

Bangunan baharu Sasana Niaga yang bakal dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM tersebut telah disempurnakan penyerahannya oleh Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr, Shahrin Sahib dalam satu majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini.

Menurut Datuk Dr. Shahrin sewaktu ditemui selepas majlis menyatakan bahawa Sasana Niaga merupakan satu pelan penstrukturan prasarana terbaharu yang mana ia dibina di atas tapak Permatang Pelajar sebelumnya yang turut memfokuskan kepada penjanaan pendapatan kepada mahasiswa.

Tambah beliau lagi, prasarana Sasana Niaga yang diwujudkan pada kali ini adalah lebih baik dari Permatang Pelajar yang terdahulu kerana ianya memberikan  keselesaan pengunjung dan peniaga di samping penyediaan ruang perniagaan yang lebih luas dan selesa.

“Terdapat 20 ruang perniagaan disediakan berbanding dengan 10 ruang pada Permatang Pelajar terdahulu untuk disewakan kepada mahasiswa bagi memulakan perniagaan mereka dengan sewaan yang berpatutan”, ujar beliau mengakhiri temubual.

Sasana Niaga tersebut dijangka memulakan operasi pada penghujung Mei ini dengan penyertaan anggaran lebih daripada 10 orang peniaga yang telah mula menempah ruang di Sasana Niaga tersebut bagi tujuan penjanaan pendapatan mereka.

Sehubungan itu kedudukan lokasinya amat strategik berhampiran dengan kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti Pusat Persatuan Pelajar, Koperasi UTeM, Pejabat Pos Mini dan Kafe Pelajar dan faktor ini turut akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat apabila menjadi pusat tumpuan sehenti bagi para mahasiswa untuk menjalankan urusan jual beli tanpa perlu keluar dari kampus.

Yang Di-Pertua MPP UTeM sewaktu diminta mengulas turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada UTeM diatas penyediaan prasarana bagi menggalakkan mahasiswa UTeM untuk memulakan perniagaan dalam proses memajukan dan ekonomi semasa.

Majlis penyerahan yang diadakan tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Pejabat Pembangunan, LAr. Abdul Wahab Harun, Ir. Dr. Mohd Rayme Anang Masuri, Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Timbalan Pendaftar Kanan Pehjabat HEP Misdom Lan dan kakitangan-kakitangan Pejabat HEP bersama wakil dari MPP UTeM untuk menerima kunci.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: