Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi produk-produk inovasinya telah berjaya menggondol 22 pingat dalam International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2018) kali ke 29 yang diadakan bertempat di KLCC Convention Centre (Kuala Lumpur Convention Centre) baru-baru ini. 

ITEX 2018 yang berlangsung baru-baru ini telah mempamerkan sejumlah besar hasil ciptaan inovasi dan kreatif dari semua Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS) di samping penyerlahan 22 produk dari UTeM yang diiktiraf kesemuanya menerusi kemenangan pingat emas, perak dan gangsa.

Produk hasil penyelidikan dan rekaan penyelidikan UTeM yang terdiri daripada para pensyarah dan juga pelajar UTeM telah meraih kemenangan sekaligus melonjakkan jenama UTeM selau universiti awam yang sememangnya menyerlah dalam arena penyelidikan dan inovasi berprestij yang diperakui di peringkat dunia.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM, Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor sewaktu ditemui di reruai UTeM menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga di atas kemenangan besar yang diterima oleh UTeM.

Tambah beliau lagi, UTeM berjaya membawa pulang sebanyak 4 pingat emas, 14 pingat perak dan 4 pingat gangsa bagi kesemua produk penyelidikan dan tidak ketinggalan mengucapkan syabas dan tahniah kepada para penyelidik UTeM di atas pencapaian tersebut.

Sementara itu beliau turut mengucapkan terima kasih  kepada Pusat Pengkomersilan UTeM (UCC) yang bertungkus lumus dalam pengurusan ITEX 2018 terutamanya dalam penyediaan logistik untuk kumpulan penyelidik dan persiapan reruai untuk pameran produk tersebut.

ITEX 2018 yang dianjurkan buat kali ke 29 tahun ini telah menerajui tema pengkormesilan dan pemasaran pada ITEX kali ini yang mana penekanan telah diberikan menjurus kepada pemasaran jangkamasa panjang dan bantuan kepada para penyelidik dan para pencipta untuk mengkomersilkan produk penyelidikan mereka.

Terdapat 23 kategori pameran yang diadakan pada ITEX 2018 antaranya adalah bidang kimia, bidang bioteknologi, kesihatan dan kecergasan, bidang pengangkutan dan automotif, bidang teknologi maklumat, komunikasi  dan multimedia, bidang mesin dan peralatan serta pelbagai lagi bidang utama dengan penyertaan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran seperti pelabur, ahli sains dan teknologi.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: