Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mengukuhkan hubungan erat bersama pihak industri multinasional antaranya adalah Infineon Technologiest Malaysia Sdn. Bhd. (Infineon Melaka) menerusi penganjuran Infineon Week@UTeM 2018 yang merupakan agenda tahunan kali keenam bagi syarikat gergasi tersebut dan UTeM.

Program yang berlangsung minggu lalu telah diadakan selama tiga hari menerusi aktiviti anjuran Pejabat Jaringan Industri dan Masyarakat  (PJIM) UTeM di bawah Program i-CoE UTeM-Infineon yang telah dimeterai melalui Perjanjian Persefahaman (MoU) pada 2011 terdahulu dan seterusnya penyambungan MoU pada Mei 2016 lalu di antara Universiti dan Infineon yang menjadikan Infineon sebagai rakan industri strategik UTeM.

Pelbagai pengisian aktiviti telah dijalankan selama tiga hari tersebut seperti sesi ceramah kerjaya, temuduga dan temubual bersama Alumni yang melibatkan 180 pelajar dan pensyarah UTeM, lawatan ke kilang Infineon Melaka yang melibatkan 40 orang pelajar dan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) dan Ceramah Forum Teknikal yang melibatkan 120 orang pelajar dan pensyarah UTeM.

Turut tidak ketinggalan adalah Pertandingan Poster dan Produk Projek Sarjana Muda (PSM) yang berlangsung bertempat di Lobi Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Kampus Teknologi UTeM, Ayer Keroh dengan penglibatan peserta seramai 40 orang mahasiswa dan pensyarah.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Infineon Week@UTeM 2018 telah berlangsung pada petang pertandingan tersebut dan telah disempurnakan oleh Presiden dan Pengarah Urusan Infineon Technologiest Malaysia Sdn. Bhd., Dr Lee Cheong Chee dan.Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib.

Menurut Datuk Dr. Shahrin dalam ucapan beliau menyatakan bahawa kerjasama antara universiti dan industri adalah penting untuk pembangunan kemahiran, pemerolehan dan penggunaan pengetahuan melalui perkongsian serta guna sama inovasi dan teknologi.

Tambah beliau lagi, kerjasama universiti dan industri juga mampu membantu dalam meningkatkan penyelidikan dan inovasi bertaraf dunia yang dijalankan lantas mempunyai nilai komersil yang tinggi. 

Pada majlis penutup tersebut, turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Projek Tahun Akhir kategori poster yang mana tempat pertama telah dimenangi oleh pelajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Muhammad Najib Bahari dengan projek beliau bertajuk Digital Image Correlation (DIC) Technique as Novel Technique in Strain Measurement and Non Destructive Evaluation on Material Testing dengan hadiah kemenangan berjumlah RM1000. 

Pertandingan Projek Tahun Akhir kategori Prototaip pula telah dimenangi oleh Choon Zhi Gang dari Fakulti Kejuruteraan Eletronik dan Kejuruteraan Komputer dengan prototaip beliau bertajuk Development of Monitoring System Using IOT yang membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM1000.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: