Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah  memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama universiti ternama Indonesia, Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY) sekaligus merapatkan hubungan dua negara di rantau ini.

Majlis menandatangani MoU telah diadakan di UMY pada awal minggu lalu telah membuka ruang dan peluang kerjasama dalam bidang teknikal dan ekonomi untuk kedua-dua universiti.

Delegasi UTeM ke UMY telah diketuai oleh Ketua Pusat Kecemerlangan UTeM yang turut merupakan Pengerusi Majlis Profesor UTeM, Prof. Dato’ Dr. Abu Abdullah dan disambut oleh delegasi UMY yang diketuai oleh Rektor, UMY Dr. Gunawan Budiyanto.

Menurut Dr Abu Abdullah, dengan pemeteraian MoU tersebut, pelbagai peluang kerjasama bakal berlangsung dan ia bukan sahaja menumpukan kepada dalam bidang kejuruteraan dan ekonomi semata, malah turut membuka peluang kepada  bidang teknologi dan kemanusiaan.

Tambah beliau lagi,MoU yang telah ditandatangani turut membuka peluang kepada hubungan kerjasama menerusi pertukaran pelajar, pertukaran kakitangan akademik dan juga kolaborasi dalam penyelidikan bagi tempoh lima tahun yang dijangka bermula pada tahun ini sehingga tahun 2023.

Jalinan strategik ini bukan sahaja meliputi pertukaran pelajar dan kakitangan, kecanggihan teknologi turut memainkan peranan menerusi perbincangan Online Distance Learning (ODL)supaya ia dapat disesuaikan menerusi matlamat UMY untuk menjalankan program kuliah dalam jaringan secara blend learning menjelang tahun 2020.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: