Kumpulan Penyelidik Research Group Innovative & Sustainable Technical Education (ISTE) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang diketuai oleh Prof. Dr. Faaizah Shahbodin dengan kerjasama strategik bersama Pusat Serantau Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran Asia Tenggara mengenai Pendidikan Khas (SEAMEO SEN) dalam proses membangunakan alat bantuan mengajar kepada golongan kanak-kanak pendidikan khas.

Justeru itu beberapa strategi dan perbincangan susulan telah digarapkan mereka menerusi siri projek usahasama dan aktiviti ini yang telah diadakan di di Kampus Induk UTeM serta Pejabat SEAMEO SEN yang beroperasi dan Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Durian Daun Melaka baru-baru ini.

Menurut Prof. Dr. Faaizah Shahbodin berkata, usahasama ini adalah berfokus dalam membantu membangunkan bahan bantuan mengajar seperti i-solat dan i-bakery sebagai latihan anak-anak pendidikan khasnya.

Di samping itu, projek pembangunan diagnostic tools dibangunkan untuk menguji tahap autisme yang dikenali sebagai Vi-per Games telah diusahakan oleh Kumpulan penyelidik ISTE UTeM pada masa yang sama. 

“Selain melaksanakan aktiviti penyelidikan, secara tidak langsung dapat menyalurkan bakti kepada masyarakat sekeliling terutamanya golongan anak-anak pendidikan khas di seluruh negara”, ujar beliau lagi.  

 Aspirasi semangat memacu pembangunan pendidikan untuk segenap lapisan masyarakat oleh para akademia UTeM ini diharap dapat mencetuskan lebih banyak idea penyelidikan pada masa hadapan  Turut hadir dalam pertemuan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Durian Daun Melaka baru-baru ini ialah Dr. Safani Bari, selaku Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Latihan) SEAMEO SEN sebuah organisasi antara kerajaan serantau yang ditubuhkan pada tahun 1965 dengan kerjasama kerajaan Asia Tenggara dengan tujuan untuk menggalakkan kerjasama serantau dalam pendidikan, sains dan kebudayaan. 

Manakala, SEAMEO Special Education Needs (SEN) adalah pusat serantau yang khusus dalam pendidikan untuk menyokong keperluan kanak-kanak dengan kecacatan yang berbeza dan kanak-kanak luar biasa serta berbakat di rantau Asia Tenggara (SEA).

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: