Pensyarah dan penyelidik muda Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Mohd Nazmin Maslan telah meraih kecemerlangan di persada antarabangsa apabila meraih anugerah Best Paper Award bagi tahun 2017 yang telah dianjurkan oleh The Japan Society for Precision Engineering (JSPE), Jepun.

Program yang telah dianjurkan bertempat di Chuo University, Tokyo, Jepun baru-baru ini telah mengangkat kertas kerja Mohd Nazmin bertajuk Development and Precise Positioning Control of a Thin and Compact Linear Switched Reluctance Motor sebagai penerima anugerah di negara yang telah dikenali dengan ketinggian dan kemodenan teknologi di rantau Asia malah di peringkat dunia.

Kertas kerja tersebut juga telah diterbitkan di makalah impak faktor tinggi Precision Engineering, Vol. 48, Elsevier dengan penekanan kepada ciri-ciri bukan linear ketara LSRM dijelaskan dan dimodelkan yang mana unit linearizer direka untuk menindas ciri-ciri tidak linear yang buruk dan pengenalan sistem kawalan yang sesuai untuk kedudukan tepat LSRM.

Beliau yang ditemui sewaktu sebaik sahaja tiba dari Jepun mengucapkan kesyukuran diatas penganugerahan dan pengiktirafan yang diterima beliau dari pihak JSPE dan turut berbangga kerana berjaya melakar kejayaan dan mengharumkan nama UTeM di peringkat antarabangsa.

Ujarnya lagi, beliau berharap agar kejayaan yang diperoleh menjadi pemangkin semangat kepada rakan-rakan penyelidik dan ahli akademik yang lain untuk meneruskan perjuangan dalam bidang masing-masing untuk terus menyerlahkan kemashyurkan jenama UTeM di peringkat global.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: