Pelajar Pascasiswazah bersama Jawatankuasa Pascasiswazah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Kejohanan Sukan Dalam Dewan Pascasiswazah FKM 2018 baru-baru ini.

Sukan Dalam Dewan Pascasiswazah FKM 2018 ini dilangsungkan di sekitar Kampus Teknologi dan turut melibatkan beberapa fasiliti Pusat Sukan yang terletak di Kampus Induk UTeM Durian Tunggal.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pascasiswazah FKM UTeM Profesor Madya Dr. Mohd Fadzli Abdollah berkata, antara objektif penganjuran sukan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar Pascasiswazah menyerlahkan bakat sukan yang ada.

Tambah beliau, penganjuran sukan ini juga berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim melalui semangat berpasukan dan kesukanan bagi menghadapi cabaran masa hadapan yang diterapkan ke dalam salah satu program pascasiswazah FKM iaitu penglibatan dengan komuniti untuk pembangunan lestari.

Mengulas tentang kejohanan sukan ini 6 acara sukan yang dipertandingkan seperti karom, dart, catur, badminton untuk katogeri beregu lelaki dan wanita, ping pong untuk katogeri beregu lelaki dan wanita serta bola tampar.

Program sukan ini telah mendapat penyertaan sebanyak lima puluh tujuh  penyertaan melibatkan seramai empat puluh empat orang peserta dari kalangan pelajar pascasiswazah, tiga puluh tujuh orang pensyarah dan 4 orang staf pentadbiran.

Sementara itu Dekan FKM UTeM Dr. Ruztamreen Jenal menyatakan beliau menyokong aktiviti sebegini kerana di samping aktiviti pembelajaran pelajar mestilah turut bergiat aktif dalam bersukan.

Ujarnya, aktiviti sukan merangsang kepada penjagaan kesihatan sekaligus menggalakkan budaya hidup sihat cergas dalam kalangan pelajar dan juga tenaga pengajar.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

027688870