Antara inisiatif merealisasikan agenda Revolusi Industri 4.0  Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mengorak langkah maju ke hadapan dengan  jalinan kerjasama bersama pihak STMicroelectronics Sdn. Bhd. dalam mewujudkan makmal Internet of Things (IoT) yang julung kali diwujudkan di negara ini.

Sepintas lalu FKEKK UTeM telah diberi penghormatan untuk menjadi fakulti pertama bagi universiti di Malaysia untuk mempunyai makmal IoT sendiri hasil dari memorandum persefahaman ditandatangani tahun lalu yang mana salah satu daripada kandungan persefahaman tersebut adalah mewujudkan makmal ST IoT yang dilengkapi dengan teknologi IoT hasil sumbangan sepenuhnya STMicroelectronics.

Menurut Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib dalam ucapan beliau sewaktu merasmikan makmal ST IoT tersebut menyatakan bahawa makmal tersebut telah memulakan opersai pada semester 1, sesi kuliah 2017/2018 di mana satu kursus elektif iaitu kursus Teknologi Mikropengawal telah menggunakan sepenuhnya kecanggihan makmal IoT tersebut.

Tambah beliau lagi, kursus elektif yang berasaskan sepenuhnya teknologi mikropengawal STM32 iaitu teknologi yang dihasilkan oleh STMicrolectronics telah ditawarkan kepada pelajar tahun akhir program sarjana muda kejuruteraan elektronik dimana seramai 40 pelajar telah menjadi perintis bagi program ini.

Pengurus besar STMicroelectronics Sdn. Bhd. (dua dari kiri) menandatangani plak perasmian bersama Dr Shahrin Sahib (tiga dari kiri) disaksikan oleh Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat), Prof. Dr. Goh Ong Sing (kiri) dan Dekan FKEKK.

Penyerahan Sijil penghargaan daripada Naib Canselor UTeM kepada STMicroelectronics Sdn. Bhd.

Penyerahan Sijil penghargaan daripada Naib Canselor UTeM kepada STMicroelectronics Sdn. Bhd.

Dr. Shahrin Sahib mencuba aplikasi yang digunakan dalam makmal ST IoT tersebut disaksikan oleh Pengurus Besar STMicroelectronics Sdn. Bhd. bersama Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat) dan Dekan FKEKK.

Delegasi STMicroelectronics Sdn. Bhd. bersama wakil dari UTeM yang diketuai oleh Dr Shahrin Sahib menyaksikan Makmal ST IoT buat kali pertama pada majlis perasmian makmal tersebut.

Selanjutnya Dekan FKEKK, Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap mengulas lanjut menyatakan bahawa kursus Teknologi Mikropengawal yang ditawarkan bakal menjadi kursus teras pada masa akan datang kerana teknologi mikropengawal ini akan menjadi keperluan penting pelajar untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran terkini berkaitan teknologi IoT.

Ujar beliau lagi, pelajar semester lepas yang mengambil kursus ini telah menunjukkan minat yang mendalam dan keputusan peperiksaan secara keseluruhan adalah sangat baik kerana silibus yang diperkenalkan ini menggabungkan teori dan praktikal, menjadikan kefahaman pelajar lebih mendalam terutama aplikasi yang diajar terus menjurus kearah pengunaan IoT.

Majlis perasmian Makmal ST IoT yang diadakan pada jumaat lalu telah dirasmikan oleh Naib Canselor UTeM bersama Pengurus Besar STMicroelectronics Sdn. Bhd., Tan Chun Sheng dan menerusi perasmian tersebut, ia dijangka akan menjadi titik tolak kepada kerjasama di antara UTeM dan STMicroelectronics Sdn. Bhd. terutamanya dalam pelbagai aktiviti berimpak selanjutnya secara bersama.

STMicroelectronics Sdn. Bhd. yang terletak di Muar, Johor merupakan satu satunya industri yang menghasilkan set penuh teknologi IOT dari mikropengawal serta sensor-sensor yang penting dalam aplikasi IoT sehingga  aplikasi telefon pintar yang membolehkan pengguna untuk membuat pengawasan dan kawalan jauh terhadap peranti-peranti IoT.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

027688878