Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan melangsungkan Majlis Pelancaran dan Perasmian MYREN-X dan Inisiatif Kampus Pintar UTeM yang akan disempurnakan oleh Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi pada 12 Mac 2018 nanti.

Majlis ini bertujuan untuk memperkasakan inisiatif yang dilaksanakan oleh UTeM dalam mewujudkan satu ekosistem pendidikan dan penyelidikan dalam citra baharu yang menggunakan infrastruktur siber yang moden dan canggih.

Menurut Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Ts Dr Shahrin sahib berkata, pelaksanaan Kampus Pintar UTeM ini adalah seperti yang disarankan oleh Menteri Pendidikan Tinggi dalam amanat 2018 baru-baru ini telah membuka lembaran baharu dalam mewujudkan konsep ekonomi pintar selaras dengan usaha kementerian mengadaptasi teknologi digital dalam pendidikan tinggi negara.

Ujarnya, kemudahan jalur lebar MYREN-X berkelajuan 10 Gbps di UTeM telah membuka ruang dan peluang kepada pensyarah dan penyelidik dalam memudahcara penyelidikan terkini melibatkan data analitikal, data besar, keselamatan dan sebagainya serta kemudahan jalur lebar ini turut membantu pihak UTeM sekaligus memperhebatkan fasiliti teknologi maklumat dan komunikasi sedia ada.

Tambah beliau lagi, pelaksanaan kampus pintar yang dilaksanakan tidak saja tertumpu kepada peningkatan kelajuan internet tetapi ianya merangkumi pelaksanaan inisiatif konsep kampus tanpa tunai.

Mohd Isa Mohd Dom Ketua Pegawai Maklumat UTeM
Mohd Isa Mohd Dom, Ketua Pegawai Maklumat UTeM

Mengulas lanjut Ketua Pegawai Maklumat (CIO) UTeM Mohd Isa Mohd Dom berkata, kampus tanpa tunai ini melibatkan penggunaan Kad Unidebit Bank Islam di kalangan pelajar dan kakitangan UTeM yang mana inisiatif ini adalah hasil kerjasama UTeM dengan Bank Islam menerusi transaksi dibuat melalui atas talian dengan lebih mudah dan selamat”, ujar beliau.

Tambah beliau, penggunaan Kad Unidebit Bank Islam oleh pelajar membolehkan mereka menerima ganjaran mata melalui sistem 'TruReward Points' yang mana  mata ganjaran ini boleh digunakan semula oleh pelajar bagi tujuan membuat pembayaran pinjaman PTPTN atau tambahan simpanan ke dalam akaun PTPTN SSPN.

Mengulas lanjut beliau berkata, kampus pintar juga turut melaksanakan inisiatif Unified Communication (UC) kolaborasi bersama pihak Celcom Axiata Bhd bagi menggantikan penggunaan telefon konvensional di UTeM kepada telefon pintar yang lebih efektif bagi meningkatkan kecekapan mutu perkhidmatan dalam kalangan pemandu kenderaan universiti.

Pada majlis ini menyaksikan majlis pertukaran kontrak UTeM bersama beberapa buah syarikat ternama antaranya TM Berhad, HBAR Technologies Sdn Bhd, MyREN-X, Celcom Axiata Bhd. dan Bank Islam Malaysia Berhad.

Sementara itu majlis ini turut akan diisi dengan lawatan ke Perpustakaan Laman Hikmah UTeM bagi melihat konsep fasiliti terbaru serta ruangan santai dan permainan yang telah disediakan bagi kemudahan pelajar seterusnya perasmian Kolej Kediaman Satria yang telah mula beroperasi menempatkan sejumlah 5,000 orang pelajar UTeM pada September 2017 yang lalu.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

027690059