(dari kiri) YDP MPP terkini bersama mantan YDP dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) menerima kunci dan dokumen penyerahan van daripada Naib Canselor UTeM disaksikan oleh Penolong Pendaftar PPKU, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti)
(dari kiri) YDP MPP terkini bersama mantan YDP dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) menerima kunci dan dokumen penyerahan van daripada Naib Canselor UTeM disaksikan oleh Penolong Pendaftar PPKU, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti)

Dengan inisiatif dan komitmen berterusan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melaksanakan program yang memberikan penjanaan keuntungan sejak dari tahun 2013 sehingga 2017 maka ianya membuahkan hasil berimpak kepada seluruh pelajar UTeM kini yang mana mereka dapat menikmati satu lagi kemudahan kenderaan berupa van yang dibeli sendiri menerusi hasil dari usaha keras MPP UTeM sebelum ini.

Satu majlis penyerahan van kepada pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTeM telah dilaksanakan pada minggu lalu yang mana telah diserahkan sendiri oleh Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib kepada Timbalan Naib Canselor HEP, Prof. Datuk Dr. Izaidin Abdul Majid disaksikan oleh Yang DiPertua MPP, Rian Azman bersama mantan-mantan YDP yang terdahulu iaitu Abdul Hanif Abdul Rani bagi sesi MPP 2016/2017 dan Mohd Khairul Nizam Suhaimin bagi sesi 2014/2015.

Menurut Naib Canselor UTeM dalam ucapan beliau sewaktu menyerahkan kunci dan dokumen penyerahan menyatakan bahawa ia merupakan satu kemudahan untuk para pelajar UTeM untuk dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Tambah beliau lagi, kemudahan kenderaan ini adalah untuk kegunaan aktiviti semua pelajar UTeM dengan pemantauan Pejabat HEP dan Pejabat Pengurusan Kenderaan Universiti (PPKU) hasil daripada kerjasama mantan YDP dan YDP kini ianya merupakan satu manfaat mahasiswa, dikembalikan kepada mahasiswa yang lain.

YDP MPP UTeM, Rian Azman turut merakamkan ribuan terima kasih di atas usaha mantan-mantan YDP yang terdahulu di atas sokongan, usaha dan bantuan yang diberikan sehinggalah pembelian kenderaan ini dapat di realisasikan bagi membantu memudahkan pergerakkan para pelajar yang ingin menghadiri sebarang aktiviti.

Majlis Penyerahan tersebut turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Datuk. Dr. Mohd Razali Muhamad, Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti), Prof. Dr. Mohd Ridzuan Nordin, Penolong Pendaftar PPKU, Muhammad Zhafri Mokhtar dan juga barisan exco MPP 2017/2018 bersama mahasiswa dan mahasiswi UTeM.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 12 December 2018

027784402