Sekretariat Rakan Muda (SRM) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Sekretariat Rakan Muda (SRM) Universiti Sains Malaysia (USM) bergambar kenangan bersama dengan sebahagian penghuni Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin (PAYASUM), Sungai Udang, Melaka baru-baru ini.

Sekretariat Rakan Muda (SRM) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Sekretariat Rakan Muda (SRM) Universiti Sains Malaysia (USM) bergabung tenaga melaksanakan program bersama di Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin (PAYASUM), Sungai Udang, Melaka baru-baru ini.

Pengarah Program Mohamad Amin Aswir berkata, Program Get Closer To PAYASUM antara lain berobjektif  menyemai sifat positif dan kasih sayang yang erat terhadap anak-anak yatim melalui aktiviti yang dijalankan dalam kalangan peserta.

Tambah beliau, program ini turut menjalinkan hubungan yang erat dan mesra antara pelajar UTeM dan pelajar USM khususnya ahli-ahli SRM kedua-dua buah universiti yang mana SRM USM telah menjayakan program Alleviate Kerachut yang dianjurkan oleh SRM UTeM pada Oktober tahun lepas.

Jelasnya, sepanjang program ini berlangsung anak-anak yatim Payasum kelihatan ceria bersama para peserta dari SRM UTeM dan SRM USM yang mana mereka  mengikuti aktiviti latihan dalam kumpulan yang dianjurkan.

“Antara aktiviti latihan dalam kumpulan yang dibuat adalah The New Vibe bertujuan untuk memantapkan pengguasaan bahasa inggeris sebagai bahasa antarabangsa dalam kalangan anak-anak yatim ini”, ujar beliau lagi.

Selain aktiviti latihan dalam kumpulan, ahli SRM UTeM dan SRM USM turut sama-sama menghasilkan seni lukis di sebuah dinding bangunan PAYASUM yang mana Mural yang dilukis ini mendapat perhatian ramai daripada daripada pihak PAYASUM kerana hasilnya menggambarkan penzahiran kreatif dan inovatif.

Mengulas lanjut beliau berkata, banyak lagi aktiviti turut diisi seperti mengecat bangunan dan membersihkan kawasan di sekitar PAYASUM seperti pasu-pasu bunga dan sistem saliran di sekitar kawasan itu.

Program ini berjaya membina ukhwah dan jalinan kasih sayang di samping mengeratkan lagi hubungan antara SRM UTeM bersama anak-anak yatim serta SRM USM yang terlibat serta pemupukan semangat yang membina kepada anak-anak yatim dan kekuatan dalam menempuh kehidupan.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 16 October 2018

027689732