Bertemakan ‘Heritage Trail’ dalam memperkasakan negeri Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Pusat Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjemput orang ramai untuk hadir menyertai pertandingan memancing yang bakal berlangsung pada 18 Mac 2018.

Dengan menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM97,740.00 untuk dibawa pulang, pertandingan memancing yang mengambil tempat di Tasik Gemilang dan Terbilang UTeM Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka tersebut akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori terbuka dan kategori pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi pelajar yang berminat.

Zainal Bidin, Pengerusi Badan Kebajikan UTeM.
Zainal Bidin, Pengerusi Badan Kebajikan UTeM.

Menurut Pengerusi Badan Kebajikan UTeM, Zainal Bidin sewaktu diminta mengulas menyatakan sebanyak sepuluh jenis ikan akan dilepaskan ke dalam Tasik gemilang dan Terbilang beberapa hari sebelum kejohanan iaitu ikan berjenis Patin, Rohu, Pacu, Kap, Keli Afrika, Peacock Bass, haruan, Baung, Lampam dan Talapia.

Tambah beliau lagi, yuran penyertaan bagi kategori terbuka adalah berjumlah RM100.00 untuk satu joran manakala bagi kategori pelajar IPT, yuran penyertaan sebanyak RM80.00 adalah ditetapkan bagi satu joran dengan penawaran diskaun untuk yang mendaftar bagi tiga dan lima joran.

Pengarah Pusat Sukan UTeM, Dr. Rosli Saadan menyatakan bahawa kejohanan memancing tersebut akan berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 8:00 sehingga 11:00 pagi dimana 1,000 penyertaan terawal akan menerima topi khas pertandingan memancing di samping para peserta yang mendaftar akan menerima nombor cabutan bertuah, baucar makan dan sehelai t-shirt khas.

Pendaftaran bagi pertandingan memancing ini boleh dilakukan secara atas talian di http://bit.do/pancinglife dan sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, para peserta boleh terus menghubungi urusetia iaitu Fairuz di talian 012-3961984 atau Jus di talian 011-2130 2024.

Terdapat juga acara sampingan yang akan berlangsung pada dan selepas pertandingan tamat untuk kanak-kanak berumur 6 sehingga 12 tahun diadakan seperti sukaneka dan mewarna sementara menanti pengumuman pertandingan memancing kelak.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: