Dalam usaha mewarnai kesenian dan kebudayaan India di pentas seni tarian peringkat universiti awam Malaysia, Kelab Kebudayaan India Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mendahului 7 universiti awam yang lain lalu menduduki takhta juara Intervarsity Dance Competiton baru-baru ini.

Kejohanan yang dianjurkan bersempena dengan Colorfest 2.0 ini telah diadakan di Auditorium Perdana Siswa, Universiti Malaya (UM) yang membawakan pelbagai budaya India untuk dikongsikan bersama mahasiswa pelbagai kaum seperti Colorfest Carnival, Color Run and Cultural Night.

Kelab Kebudayaan India UTeM yang terdiri daripada tiga pasangan pelajar yang digelar sebagai UTeM Rhythmic Squad telah berjaya merangkul kejuaraan hasil daripada sentuhan Ivan Mathias selaku koreografer dengan membawa tema tarian warna warni.

UTeM Rhythmic Squad bergambar bersama tetamu VIP dan para pengadil selepas penyampaian hadiah
UTeM Rhythmic Squad bergambar bersama tetamu VIP dan para pengadil selepas penyampaian hadiah

Ivan Mathias yang ditemui selepas majlis melahirkan rasa gembira di atas pencapaian yang membanggakan ini sekaligus memartabatkan nama universiti awam teknikal paling berprestij di negara ini iaitu UTeM di untuk berdiri sebaris bersama universiti awam yang lain yang pakar dalam aspek kesenian dan kebudayaan tempatan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, Prof. Datuk Dr. Izaidin Abdul Majid sewaktu diminta mengulas kejayaan tersebut mengucapkan ribuan tahniah diatas kejayaan yang dirangkul oleh kelab kebudayaan india tersebut.

Tambah beliau lagi, disamping sibuk dengan mengulangkaji pelajaran, pelbagai aktiviti makmal dan aktiviti yang diaturkan oleh pihak universiti, mahasiswa UTeM tetap kompeten dalam menyusun atur masa untuk tampil menyerlah seterusnya merangkul kejuaraan di peringkat universiti awam.

“Kemenangan yang diterima menyerlahkan UTeM sebagai universiti awam teknikal berprestij di negara ini bukan hanya menyerlah dalam aspek kejuruteraan dan teknologi kejurteraan semata-mata namun turut menyerlah jauh dalam perspektif kesenian dan kebudayaan dalam negara kita", ujar beliau lagi.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 12 December 2018

027786738