Dengan mempertaruhkan karya asal dari penulis skrip dan pengarah Shahrulfadli Yahya yang turut merupakan Pegawai Kebudayaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Kumpulan Teater dari Kelab Kasawari UTeM telah meraih kemenangan besar dalam tiga anugerah utama pada Festival Teater Pengisahan Kemanusiaan (Theater Of Pattern) semalam.

Pertaruhan skrip ‘Merekah Bumi Shatilla’ oleh Shahrulfadli Yahya tersebut telah membuahkan kejayaan apabila beliau dianugerahkan sebagai Pengarah Terbaik dan Skrip Terbaik di samping pementasan teater tersebut juga diangkat sebagai johan keseluruhan bagi festival teater tersebut.

Piala dan Mock Up cheque yang diterima hasil kemenangan pada Festival Teater tersebut.
Piala dan Mock Up cheque yang diterima hasil kemenangan pada Festival Teater tersebut.

Festival Teater Pengisahan Kemanusiaan (Theater Of Pattern) 2018 merupakan festival teater yang melibatkan 13 universiti awam anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah diadakan di Universiti Sains Malaysia.

Shahrulfadli Yahaya yang ditemui selepas majlis melahirkan rasa gembira di atas pencapaian kejayaan ini sekaligus memartabatkan nama universiti awam teknikal paling berprestij di negara ini iaitu UTeM di pentas teater tanahair.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, Prof. Datuk Dr. Izaidin Abdul Majid sewaktu ditemui di pejabat beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat termasuklah para pelakon dan pengarah di atas kejayaan besar yang diterima pada festival teater tersebut.

Tambah beliau lagi, walaupun UTeM sebuah universiti teknikal namun tetap melahirkan staf dan siswa yang berbakat besar dalam cabang seni serta kebudayaan yang mana telah terbukti dengan beberapa pencapaian membanggakan di peringkat nasional seperti menggondol anugerah-anugerah utama dalam Majlis Anugerah Seni MAKUM, pertandingan orkestra pada tahun 2010, juara sayembara puisi kemerdekaan peringkat Institusi Pengajian Tinggi Negeri Melaka 2017 di samping aktif terlibat dalam pertandingan pidato antarabangsa Piala Perdana Menteri dua tahun berturut-turut.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events: